Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas mengenai isu Seksyen 377A

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH Rayuan baru-baru ini memutuskan bahawa Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan - yang menganggap seks antara lelaki sebagai jenayah - akan terus dikekalkan namun tidak boleh digunakan untuk mendakwa lelaki yang mengadakan seks dengan lelaki lain.



Keputusan oleh panel lima hakim, yang disampaikan oleh Ketua Hakim, Encik Sundaresh Menon, itu menyusuli tindakan undang-undang yang diambil tiga lelaki yang mendakwa bahawa undang-undang itu melanggar perlembagaan.



Tiga lelaki itu ialah doktor perubatan umum (GP) yang telah bersara serta aktivis bagi hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Dr Roy Tan Seng Kee; pengacara lagu, Encik Johnson Ong Ming; dan mantan pengarah eksekutif badan tidak meraih keuntungan LGBT Oogachaga, Encik Bryan Choong.



Mahkamah kekal dengan kedudukan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak boleh diambil disebabkan kenyataan yang dibuat di Parlimen oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 2007 dan kenyataan media oleh Peguam Negara, Encik Lucien Wong, pada 2018.



Kenyataan itu mencerminkan kedudukan pemerintah bahawa undang-undang tersebut akan dikekalkan tetapi tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif.



Dalam hujah mereka di mahkamah Januari tahun lalu, tiga lelaki itu mendakwa bahawa Seksyen 377A, yang digubal pada 1938, harus dimansuhkan kerana ia melanggar Artikel 12 Perlembagaan yang menjamin kesamaan di bawah undang-undang.



Namun dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan berkata tiga lelaki itu tidak dapat dianggap menghadapi ancaman nyata pendakwaan di bawah peruntukan undang-undang tersebut buat masa ini.



Oleh itu, ia tidak melanggar hak mereka di bawah perlembagaan.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, turut menyampaikan ucapan di Parlimen kelmarin berhubung hal ini.



Dalam ucapannya, beliau berkata pemerintah sedang mempertimbang cara terbaik untuk melangkah ke hadapan berhubung Seksyen 377A tetapi sebarang langkah akan diambil dalam cara yang terus mengimbangi sudut pandangan berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >