Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas pameran peringati ulang tahun kelahiran ke-100 LKY

Sep 18, 2023 | 02:55 PM



Pameran di Jewel, Lapangan Terbang Changi

Pengunjung Jewel di Lapangan Terbang Changi boleh menikmati pameran percuma yang mendokumentasikan bagaimana Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, menjadikan Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan bertaraf dunia yang wujud sekarang.

Untuk menandakan ulang tahun kelahiran ke-100 mendiang, pameran itu akan berlangsung hingga 30 September, di Cloud9 Piazza, yang terletak di tingkat lima Jewel, Lapangan Terbang Changi.

Pameran ‘Now Is Not The Time’ di 25 Pasir Panjang Rd

Menghubungkan pengeluaran maya, kecerdasan buatan (AI), seni generatif, seni bina, seni arca, filem dan muzik, ‘Now Is Not The Time’ adalah pameran yang menyingkap kehidupan dan legasi mendiang Encik Lee.

Pameran itu yang melibatkan sumbangan daripada sekitar 200 artis pelbagai negara, bertujuan menghubungkan generasi muda Singapura dengan zaman lalu supaya mereka menghargai sepenuhnya apakah yang diperlukan untuk membina sebuah negara yang selamat dan makmur.

Ia berlangsung hingga 24 September dari 11 pagi hingga 8 malam.

Pameran ‘From Mudflats to Metropolis’

Mendiang Encik Lee mengisytiharkan pada September 1965, hanya sebulan selepas Singapura merdeka: “Lebih 100 tahun yang lalu, ini adalah tanah lumpur, paya. Hari ini, ini adalah bandar moden. 10 tahun dari sekarang, ini akan menjadi metropolis.”

Wawasan metropolitannya menjadi kenyataan apabila Singapura berkembang menjadi sebuah bandar sejagat di sebalik pertumbuhan ekonomi yang berkembang ke seluruh dunia.

Realiti rancangan mendiang Encik Lee untuk Singapura dirakamkan dalam pameran yang sedang berlangsung, ‘From Mudflats to Metropolis’, yang mengisahkan transformasi bandar Singapura selama ini.

Pameran ini akan diadakan di lokasi berikut:

Pusat URA: 4-30 September (Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 5 petang)

Our Tampines Hub: 7-15 Oktober (Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam)

Northpoint City: 21-29 Oktober (Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam)

Heartbeat@Bedok: 4-12 November (Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam)

VivoCity: 21-26 November (Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >