Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 1,000 syarikat boleh gaji lebih ramai pekerja asing

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



HANYA sekitar 1,000 syarikat di Singapura dapat memenuhi syarat pertama di bawah sebuah skim baru yang membolehkan firma menggajikan lebih ramai pekerja asing buat sementara waktu melebihi kuota semasa untuk industri mereka.



Jumlah syarikat itu adalah kurang 1 peratus daripada semua entiti perniagaan yang berdaftar di sini, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Semalam, Skim Tenaga Manusia bagi Keutamaan Ekonomi Strategik (M-SEP) dilancarkan, yang membolehkan syarikat yang memajukan keutamaan ekonomi Singapura memohon kuota tambahan bagi Pas S dan Permit Kerja sehingga 5 peratus daripada jumlah tenaga kerja asas mereka, tertakluk kepada had 50 pekerja, selama dua tahun pada satu-satu masa.



Untuk layak bagi skim itu, syarikat perlu memenuhi dua syarat.



Yang pertama, syarikat mesti telah menyertai dalam program atau kegiatan yang menyokong strategi hab Singapura, terlibat dalam inovasi atau penyelidikan dan pengembangan (R&D) atau menebarkan sayap di luar negara.



Yang kedua, syarikat mesti memberi komitmen menggajikan dan melatih pekerja setempat.



Namun, MTI dan MOM berkata tidak semua daripada 1,000 syarikat yang memenuhi syarat pertama skim itu akan memerlukan kuota tambahan bagi dua pas itu kerana mereka akan dapat mencari pekerja secara tempatan.



"Bahkan, dalam kalangan mereka dengan keperluan tersebut, tidak semua daripada mereka boleh mengakses fleksibiliti maksimum (iaitu 5 peratus daripada jumlah tenaga kerja asas, sehingga 50 pekerja)," kata dua kementerian itu.



Skim M-SEP itu, yang kali pertama diumumkan semasa Jawatankuasa Perbekalan (COS) MOM pada Mac lalu, direka untuk menyokong syarikat yang memajukan keutamaan dan daya saing ekonomi Singapura untuk merebut peluang berkembang di sini sambil menyediakan peluang kerja dan latihan kepada warga Singapura.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, yang juga Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, berkata pemerintah akan bekerja rapat dengan syarikat untuk memastikan mereka mempunyai Permit Kerja dan Pas S yang diperlukan, bergantung pada sektor, supaya mereka boleh terus berkembang dengan agresif.



Ini kemudiannya akan membawa kepada lebih banyak peluang untuk warga Singapura tempatan mendaki laluan kerjaya dan pada masa yang sama, membolehkan firma mendapatkan jenis kepakaran teknikal dan bakat yang diperlukan, tambah beliau.



"Pada masa yang sama, oleh sebab ini dilancarkan di samping penambahbaikan baru dalam rangka kerja Pas Pekerjaan kami, dan pelancaran Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara baru, kami percaya bahawa ini akan menyediakan pelan yang sangat kukuh, diperkukuh dan juga strategik ke hadapan bagi perusahaan kekal berdaya saing, dan meletakkan kita di peta dunia," kata Dr Tan, dalam satu lawatan industri ke syarikat Goldbell Group semalam.




SKIM M-SEP



- Kali pertama diumumkan semasa Jawatankuasa Perbekalan MOM pada Mac lalu, skim M-SEP direka untuk sokong syarikat yang majukan keutamaan dan daya saing ekonomi Singapura untuk rebut peluang berkembang di sini sambil sediakan peluang kerja dan latihan kepada warga Singapura.



- Syarikat layak boleh mohon kuota tambahan bagi Pas S dan Permit Kerja sehingga 5 peratus daripada jumlah tenaga kerja asas mereka, tertakluk pada had 50 pekerja, selama dua tahun pada satu-satu masa.



- Dua syarat untuk layak:



a) Syarikat mesti sertai dalam program atau kegiatan yang sokong strategi hab Singapura, terlibat dalam inovasi atau R&D, atau penyejagatan



b) Syarikat mesti beri komitmen gajikan dan/atau latih pekerja tempatan



- Kuota M-SEP boleh diperbaharui, tetapi syarikat perlu tunjukkan mereka telah penuhi komitmen pada akhir tempoh sokongan, dan juga kekalkan saiz tenaga kerja setempat mereka. Jika gagal, mereka tidak akan layak mohon bagi pembaharuan selama dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >