Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 40 pesakit di kelompok Covid-19 IMH dipindahkan ke hospital bagi rawatan rapi

imh
Nov 04, 2021 | 04:30 PM



 





PESAKIT di Institut Kesihatan Mental (IMH) yang mempunyai simptom Covid-19 lebih serius akan dipindahkan ke hospital bagi rawatan rapi jika ini diperlukan, kata IMH pada Khamis (4 Nov).



Buat masa ini, sekitar 40 pesakit sedemikian telah dipindahkan, ujar IMH.



Menambah, ia berkata 16 kakitangan dan 278 pesakit telah diuji positif bagi Covid-19 dalam kelompok itu sehingga Rabu (3 Nov).



Kelompok itu dilaporkan pada Isnin (25 Oktober), dengan 108 pesakit yang dirawat di sana dan lapan kakitangan.



Pada 4 Nov, IMH berkata ia sedang bekerjasama dengan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkita untuk menguruskn pesakit yang dirawat di sana yang dijangkiti Covid-19.



Kebanyakan kes melibatkan pesakit tidak menunjukkan simptom atau menunjukkan simptom ringan dan yang diuruskan oleh IMH.



IMH juga berkata ia sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menguruskan kelompok di sana dan mengurangkan risiko kelompok dibentuk pada masa depan.



IMH berkata: “Kami ingin menyakinkan pihak awam wad-wad lain dan khidmat dalam klink yang lain seperti klinik pakar pesakit luar akan terus beroperasi.



“Kami akan memberikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan jagaan krisis dan memohon pesakit lain supaya memahami keadaan jika mereka terpaksa menunggu lebih lama bagi mendapatkan jagaan tetap mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >