Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 85,000 anggota CPF terima bayaran bulanan

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 85,000 ahli Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang lahir sebelum 1948 akan mula menerima pembayaran bulanan daripada akaun mereka, walaupun mereka tidak memilih untuk berbuat demikian.



Mereka yang layak akan dimaklumkan terlebih dahulu, mulai Jun 2023 dan akan menerima pembayaran melalui akaun bank peribadi mereka pada bulan kelahiran mereka yang akan datang.



Demikian salah satu daripada dua perkembangan terbaru yang diumumkan oleh Lembaga CPF pada Rabu untuk membolehkan lebih banyak warga emas mendapat manfaat daripada pembayaran bulanan CPF semasa persaraan.



Tujuan asas simpanan CPF adalah untuk menyediakan ahli CPF dengan bayaran bulanan selepas bersara.



Ahli CPF boleh mengarahkan Lembaga CPF untuk memulakan pembayaran dari umur 65 tahun.



Sebelum 2018, ramai ahli tidak melakukannya.



Oleh itu, perubahan baru diperkenalkan pada 2018 di mana ahli yang berusia 70 tahun (iaitu kohort yang dilahirkan pada atau selepas 1948) akan menerima pembayaran secara automatik.



Langkah baru yang diperkenalkan ini mendapat sambutan positif kerana proses yang lancar itu telah membolehkan ahli CPF menikmati hasil simpanan CPF mereka yang terkumpul sepanjang tempoh mereka bekerja.



Ahli CPF LIFE boleh dapat pembayaran lebih tinggi



Satu lagi perkembangan terbaru yang diumumkan Lembaga CPF semalam ialah peningkatan jumlah pembayaran CPF LIFE bagi simpanan dalam Akaun Biasa dan Akaun Khas (OSA).



CPF berkata mulai October 2023, mereka akan memudahkan lagi proses bagi ahli menikmati pembayaran CPF LIFE yang lebih tinggi setiap bulan.



Sebarang simpanan dalam OSA yang tidak boleh dikeluarkan secara sekali gus secara automatik akan dikeluarkan untuk pembayaran CPF LIFE lebih tinggi.



Mereka yang layak akan dimaklumkan secara individu sebelum menerima pembayaran itu.



Ahli yang telah menerima pembayaran CPF LIFE mungkin telah menerima aliran masuk berikutnya ke OSA.



Namun, jika mereka tidak mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh (FRS) mereka, aliran masuk sedemikian tidak boleh dikeluarkan secara sekali gus dan bertujuan untuk disalur keluar sebagai pembayaran bulanan.



"Ahli-ahli ini pada masa ini perlu mengarahkan Lembaga CPF supaya mengeluarkan pembayaran simpanan OSA mereka supaya mereka mungkin boleh menerima bayaran CPF LIFE yang lebih tinggi," kata CPF.



Perkembangan terkini itu dijangka memberi manfaat kepada 7,000 ahli yang sekarang menerima pembayaran melalui CPF LIFE dan lebih ramai pada masa akan datang.



CPF menambah bahawa ahli yang sudah mengetepikan FRS mereka tidak akan mempunyai simpanan mereka dalam OSA yang akan dikeluarkan untuk pembayaran.



Ini supaya mereka dapat terus mengeluarkan simpanan itu pada bila-bila masa.



Bagi maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh melungsuri laman https://www.cpf.gov.sg/retirement-income.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >