WALAUPUN tempat bazar agak terhad, jumlah pengunjung yang datang ke bazar anjuran MegaXpress International Pte Ltd di City Plaza tetap rancak.
Pengarah Urusan MegaXpress, Encik Hamzah Haji Abdullah, berkata bazar itu padat dengan pengunjung, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan hujung minggu.
Bazar itu menampilkan sekitar 38 gerai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan Hari Raya.
Ini termasuk gerai menjual pakaian fesyen terkini, barang perhiasan rumah, aksesori dan kuih-muih Raya.
"Sasaran kami adalah pengunjung dari usia muda hingga ke mereka yang sudah lanjut usia," kata beliau.
Sebelum ini, MegaXpress International pernah menganjurkan bazar Ramadan dekat kawasan Tanjong Katong Complex, kawasan SingPost di Paya Lebar dan di Arab Street.
Program hiburan juga disediakan setiap malam untuk merancakkan suasana bazar di City Plaza itu.
Perkataan lemas sering menggambarkan rasa tenggelam atau kehilangan upaya untuk bernafas.
Daripada Luluh, Khai Bahar kini Lemas, melalui hasil karya Hamizan Ali dan Kykal Kadir, yang mengisahkan
Dunia artis penuh glamor dan kegemilangan serta tidak sepi daripada jerih payah sudah pun ditinggalkan bintang era 1970-an dan 1980-an, Noor Kumalasari Mohamed Taib, sekitar 30 tahun lalu.
Dengan
DATUK JINS SHAMSUDDIN
“Saya bekerjasama dengan seniman agung, Datuk Jins Shamsuddin, bagi Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa. Beliau seorang pengarah yang sangat posesif...tak
DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD
“Saya anggap Datuk Sudirman Haji Arshad macam adik-beradik saya sendiri. Tak akan ada artis lain yang memiliki keserasian luar biasa dengan saya, yang dapat dirasakan
Jenama Hilton memang tidak asing dalam kalangan mereka yang gemar melancong dengan syarikat perhotelan global itu mempunyai 22 jenama kelas dunia dengan lebih 7,500 hartanah di serata dunia.
Menurut La
Semasa menerima tawaran pada lewat 2023 bagi watak Cikgu Ghazali dalam drama, Banjir Raya, terdapat pelbagai pertanyaan mengasak fikiran pelakon, Fir Rahman, tentang bagaimana pihak penerbitan akan

Menurut Encik Hamzah, bazar itu menampilkan bakat setempat yang menyerlah membuat persembahan.
"Kita ada ramai bakat setempat. Kami mahu beri galakan kepada mereka yang mempunyai bakat terpendam dan belum dicungkil tampil dan tunjukkan bakat mereka," ujar beliau.
Encik Hamzah berharap orang ramai akan terus mengunjungi bazar itu bagi memeriahkan lagi suasana semasa Ramadan ini.
"Saya harap orang ramai, juga mereka yang bukan Melayu, datang ke bazar ini untuk memberi sokongan padu kepada pegerai perniagaan setempat di sini.
"Saya harap kita dapat tolong-menolong satu sama lain dan merancakkan lagi bazar di City Plaza ini," kata beliau.