KERIANGAN jelas terpancar di wajah anak-anak Darul Ma'wa - rumah tumpangan kanak-kanak kendalian Jamiyah - dengan santapan beriani dan juadah lain yang disediakan ketika iftar.
Ini setelah lebih 100 anggota keluarga serta pemandu teksi daripada kumpulan TaxiBroz, Kayuh Kuat Kuat (KKK) dan Mystery Taxi bergabung tenaga bagi menyerikan majlis iftar kanak-kanak tersebut di Darul Ma'wa, kelmarin.