Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitaran dunia membimbangkan: PM Lee

Aug 21, 2022 | 08:13 PM



MESKIPUN pandemik Covid-19 telahpun reda Singapura bagaimanapun berdepan cabaran luaran yang semakin membimbangkan. Pelanggaran Russia ke atas Ukraine memberi kesan besar ke atas dunia dan juga Singapura, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.


"Pertama, pelanggaran itu mencabul Piagam PBB dan prinsip asas kedaulatan dan jaminan wilayah. Ini amat penting bagi Singapura.


"Keselamatan kita, kewujudan kita, bergantung kepada negara-negara yang mendukung prinsip-prinsip ini. Kita tidak boleh mengesahkan tindakan salah Russia," tegasnya.


Encik Lee sebelum itu turut mengongsi keprihatinannya mengenai hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China yang kini semakin buruk.


"Kedua-dua kuasa besar terbahagi atas pelbagai isu. Ideologi dan sistem pentadbiran mereka saling bercanggah dan China menikmati pengaruh yang semakin meningkat di dunia," ujarnya dan menambah, ada banyak lagi masalah tertentu, seperti pertikaian perdagangan, pengintipan siber, Laut China Selatan, Hong Kong.


Terbaharu dan paling membimbangkan sekali adalah ketegangan yang terus memuncak dalam isu Taiwan.


AS dan China perlu bekerja bersama-sama dalam pelbagai isu yang menekan dunia termasuk perubahan iklim, pandemik dan penambahan nuklear.


"Hubungan tegang mereka menjadikan kerjasama sebagai satu yang hampir mustahil. Ini berita buruk untuk dunia," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >