Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitaran inklusif bolehkan pelajar keperluan khas penuhi potensi: MOE

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Sejumlah 28,400 pelajar yang mempunyai Keperluan Pendidikan Khas (SEN) menghadiri sekolah biasa yang memberi mereka akses kepada kurikulum kebangsaan dan sekitaran pembelajaran aliran utama.

Lagi 7,100 pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan khas sederhana hingga berat menuntut di sekolah Pendidikan Khas (Sped).

Berkongsi perangkaan hingga Disember 2022 itu, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata Singapura menggunakan pendekatan yang dibeza-bezakan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelajar dengan keperluan pendidikan khas.

Perangkaan itu naik sedikit daripada sekitar 27,000 pelajar keperluan pendidikan khas yang menuntut di sekolah aliran utama dan sekitar 7,000 yang menghadiri sekolah Sped yang dikongsi oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen pada Februari 2022.

Hingga Disember 2022, 80 peratus daripada sekitar 35,500 pelajar yang dilapor mempunyai keperluan pendidikan khas menghadiri sekolah aliran utama. Baki 20 peratus pelajar yang memerlukan perhatian lebih terkhusus belajar di sekolah Sped.

Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM), MOE berkata:


“MOE komited untuk membangunkan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan penyayang untuk pelajar dengan SEN, bagi membolehkan mereka memaksimumkan potensi mereka dan menjalani kehidupan yang bermakna dan berdikari, dengan sebaik mungkin.”

Pada 2022, Encik Chan berkata bilangan pelajar yang dilaporkan mempunyai keperluan pendidikan khas telah naik sekitar 5 peratus berbanding tempoh tiga tahun sebelumnya, rata-rata disebabkan kesedaran yang meningkat dan pengesanan awal.

MOE memberitahu BM bahawa semua pelajar dengan keperluan pendidikan khas, sama ada dengan atau tanpa diagnosis, boleh mendapatkan sokongan di sekolah aliran utama.

Ini termasuk sokongan melalui amalan bilik darjah inklusif oleh semua guru.

“Semua guru menjalani latihan praperkhidmatan untuk mendapatkan pemahaman asas tentang SEN dan strategi untuk menyokong pelajar yang pelbagai di dalam bilik darjah,” kata MOE.

Bagi membolehkan sekolah aliran utama menjadi lebih mahir dalam menyokong pelajar dengan keperluan pendidikan khas, MOE telah memperkenalkan pelan hala tuju pembangunan profesional SEN yang dipertingkat untuk guru dalam perkhidmatan sejak 2020.

Sekolah juga membangunkan budaya inklusif di mana rakan-rakan secara aktif menjaga satu sama lain dan mereka yang mempunyai keperluan pendidikan khas melalui campur tangan dan struktur sokongan rakan seperti Circle of Friends.

Semua sekolah rendah dan menengah juga dilengkapi kemudahan asas seperti tanjakan dan tandas untuk pelajar kurang upaya fizikal. Sekolah juga secara berperingkat dilengkapi dengan lebih banyak lif.

Sekolah dengan akses bebas halangan penuh juga ditawarkan di serata negara.

Sementara itu, sekolah Sped dipandukan rangka kerja kurikulum Sped MOE bagi membangunkan kurikulum yang disesuaikan dan bermutu untuk mencapai hasil yang dikehendaki iaitu untuk hidup berdikari sebaik mungkin, belajar secara berterusan dan bekerja secara produktif.

“Setiap sekolah Sped mempunyai tawaran program tersendiri yang secara kolektif memberi kepelbagaian kepada landskap Sped. Menjelang 2030-an, akan terdapat sejumlah 28 sekolah Sped yang dibiayai pemerintah, naik daripada 24 kini,” kata MOE.

Terdapat juga kerjasama antara sekolah aliran utama dan sekolah Sped bagi memberi peluang kepada pelajar kedua-dua sekolah berinteraksi dalam kegiatan kokurikulum, perkhemahan dan perjalanan pembelajaran, kata kementerian itu.

“Interaksi yang bertekad dan bermakna ini telah membantu pelajar di sekolah aliran utama menghargai bagaimana rakan SPED mereka berkemampuan secara berbeza dan membangunkan nilai seperti empati dan kebaikan hati. Pelajar Sped juga mendapat lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian dalam kegiatan bersama rakan-rakan dari sekolah aliran utama,” kata MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >