Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sekitaran kondusif bantu wanita pikul tanggungjawab kepimpinan

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



SEDANG ia amat digalakkan bagi golongan wanita agar tampil dan memikul tanggungjawab kepimpinan, ia juga penting untuk memupuk sekitaran yang kondusif agar dapat menggalak mereka berkembang maju dalam peranan tersebut.



Namun yang paling penting, kaum wanita sendiri perlu membebaskan diri daripada terikat kepada halangan psikologi yang mereka tetapkan buat diri mereka, mahupun stereotaip jantina tradisional.



Demikian merupakan antara perkara yang diutarakan sewaktu sesi dialog sebagai sebahagian acara DEWIDigi 2022 pada hari pertama Konvensyen Perniagaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Akademi PSB semalam.



Panel bagi dialog tersebut terdiri daripada Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang- Undang), Cik Rahayu Mahzam, Pengasas Bersama The Paper Bunny, Cik Jaime Lee, Ketua Pengurus Produk GovTech, Cik Liyana Fauzi, dan Pengerusi Dewi serta Naib Presiden DPPMS, Cik Fadilah Majid.



Menurut Cik Rahayu, wanita perlu diberi ruang untuk membuat pilihan buat diri mereka sendiri, sama ada mereka ingin menjaga keluarga mereka di rumah ataupun menceburi kerjaya.



Bagaimanapun, Cik Rahayu tetap memberi galakan kepada kaum wanita agar mengambil peranan kepimpinan kerana perwakilan daripada kaum wanita penting dalam memastikan adanya kepelbagaian dan kepentingan wanita diketengahkan.



Namun, beliau akur bahawa wanita mungkin berdepan dengan pelbagai cabaran yang sukar dielak contohnya, apabila mereka perlu mengambil cuti kerja setelah melahirkan anak.



Majikan mungkin menaruh harapan terhadap pekerja. Pada masa yang sama, majikan perlu berlaku adil.



Beliau menambah:



"Kita perlu mewujudkan rangka kerja yang antaranya membolehkan kerja fleksibel, adanya undang-undang antidiskriminasi untuk memelihara hak semua...menggalakkan orang ramai menerusi amalan terbaik, dengan harapan ekosistem berubah dan lebih ramai wanita juga tampil ke hadapan dan masyarakat, majikan mahupun perniagaan bekerjasama agar perubahan itu berlaku."



Cik Fadilah memberi galakan bahawa kaum wanita perlu terus menimba pengetahuan, dan menekankan kepentingan agar mereka tidak rasa diri mereka kurang nilainya berbanding orang lelaki. - NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >