Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah dan pasaraya antara 1,600 premis galak kurangkan penggunaan pakai buang

Jun 08, 2019 | 05:48 PM



LEBIH 1,600 premis yang termasuk tempat makanan dan minuman, hotel, sekolah dan pasaraya, akan menggalak masyarakat setempat menggurangkan penggunaan pakai buang seperti beg plastik, bagi tiga bulan mendatang. 



Ini adalah sebagai sebahagian daripada kempen seluruh negara yang bertujuan mengurangkan penggunaan sisa pakai buang. 



Kempen ‘Say Yes to Waste Less’, dikendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dengan kerja sama 59 badan lain.



Ia telah dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan Sekitaran Sumber Air, Dr Amy Khor, di Ikea Tampines hari ini, menurut kenyataan NEA.

 

Kempen berkenaan yang sejajar dengan matlamat Singapura untuk mencapai sifar sisa pada tahun ini, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya mengurangkan sisa. 



Pada 2018, NEA berkata sekitar 164,500 tan sisa pakai buang telah dibuang, yang boleh mengisi kira-kira 300 kolam renang saiz Olimpik. 



Menurut kenyataan NEA, pengguna digalak mengambil langkah mudah bagi mengurangkan kesan mereka terhadap sekitaran dengan menggunakan barangan yang boleh diguna semula – seperti beg dan botol guna semula – serta mengelak penggunaan barangan pakai buang. 



Di bawah kempen itu, antara inisiatif yang bakal dijalankan oleh rakan kerjasama adalah mempamerkan visual kempen di kaunter juruwang, menggalak pelanggan agar tidak menggunakan sudu garfu pakai buang ketika membuat tempahan dalam talian, tidak meletak botol air di bilik-bilik mesyarat serta menawarkan insentif kepada pengguna yang membawa barangan guna semula seperti beg. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >