Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah harus tingkat usaha dekati pelajar, famili memerlukan: Chun Sing

Pengetua perlu perkukuh hubungan sekolah, keluarga dan manfaatkan rakan kongsi komuniti
Dec 30, 2022 | 05:30 AM



PENGETUA sekolah perlu berani mendekati keluarga dan rakan kongsi masyarakat, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Ini kerana pada tahun hadapan, akan terdapat banyak ketidakpastian, akibat Covid-19 dan kesukaran dalam bidang ekonomi.



Ini akan memberi kesan kepada keluarga yang berkeperluan tinggi. Oleh itu, pengetua sekolah harus mengukuhkan hubungan sekolah dan keluarga serta memanfaatkan rakan kongsi dan industri untuk menghasilkan yang terbaik untuk sekolah dan para pelajar.



"Tidak kira betapa banyaknya sumber sekolah yang sedia ada, kita tidak boleh lupa untuk mendekati dan memanfaatkan semua yang ada.



"Lebih banyak kita mendekati mereka dan membawa mereka bersama, lebih banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk sekolah dan para pelajar kita," ujar Encik Chan.



Encik Chan berkata demikian semasa berucap pada acara tahunan majlis pelantikan dan penghargaan bagi pengetua semalam.



Beliau juga menyatakan pengetua sekolah dan pendidik harus sentiasa bersikap inovatif dalam dunia yang sentiasa berubah dan berkembang.



"Para pengetua kami memahami keperluan profil pelajar mereka yang unik, dan berada pada kedudukan terbaik untuk memilih daripada menu pilihan dan set kemahiran yang telah disediakan dan disokong oleh Kementerian Pendidikan (MOE).



"Para pengetua sekolah kami adalah 'cef' yang akan menyediakan semua bahan untuk mencipta 'hidangan' yang paling sesuai bagi pelajar di bawah tanggungjawab mereka,'' kata Encik Chan.



Justeru, pemimpin sekolah harus menyesuaikan sekolah mereka dengan tawaran yang boleh memenuhi keperluan pelajar mereka dengan mengambil kira konteks unik, misi dan visi sekolah, profil pelajar dan peluang yang ada.



Beliau juga mencabar para pengetua untuk mencuba cara baru, dan mencabar diri mereka dan pasukan mereka untuk melakukan dengan lebih baik lagi.



Seramai 70 pengetua sekolah dilantik oleh MOE dalam majlis di Hotel Shangri-La itu.



Seramai 26 daripada mereka dilantik buat kali pertama, termasuk Encik Muhammad Fadylla Rashiman, 40 tahun, yang dilantik sebagai pengetua Sekolah Rendah Corporation.



Encik Muhammad Fadylla memberitahu Berita Harian sebagai pengetua sekolah, beliau berharap akan berjaya membantu pelajar merealisasikan potensi mereka secara holistik dan mendapatkan kejayaan dalam kehidupan mereka.



"Saya juga berharap dapat memberi inspirasi kepada guru-guru di bawah pimpinan saya dan mengiktiraf mereka untuk meneruskan komitmen dan dedikasi mereka untuk mendidik pelajar kita dengan baik," ujarnya, yang sebelum ini naib pengetua Sekolah Rendah Shuqun.



MOE menyatakan proses melantik dan menukar pengetua sekolah yang dilakukan setiap tahun olehnya membolehkan sekolah mendapat manfaat daripada perspektif baru.



Antara lain, pengetua berpengalaman juga dapat berkongsi amalan terbaik antara sekolah dan berpeluang menyahut cabaran baru serta mengukuhkan sekolah yang mereka pimpin.



Majlis itu juga menghargai sumbangan tujuh pengetua sekolah serta pegawai kanan pendidikan di MOE yang pernah berkhidmat sebagai pengetua sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >