Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah Menengah Tanjong Katong dinobat juara bahas 4PM

Mar 12, 2023 | 05:30 AM



SEKOLAH Menengah Tanjong Katong menjadi juara bahas untuk kali kedua setelah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Dunman pada Sabtu dalam pertandingan bahas peringkat menengah anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).



Mauduk perbahasan adalah 'Patriotisme Penting Dalam Era Globalisasi', dengan Sekolah Menengah Tanjong Katong selaku pencadang dan Sekolah Menengah Dunman selaku penyanggah.



Pasukan juara terdiri daripada Dhini Izzati Bakhtiar Effendi, Nasuha Mohamad Ridzuan, Danish Zul Iman Haron dan Muhammad Nifaelafiq Muhd Nazri.



Apabila ditanya Berita Harian (BH) tentang perasaan mereka apabila memenangi pertandingan itu, pembahas pertama, Dhini Izzati, yang juga Pembahas Terbaik Keseluruhan, berkata:



"Kami gembira kerana terdapat hasil selepas meluangkan masa panjang untuk mempelajari mauduk dan membuat kajian.



"Kami juga kerap membaca skrip berulang kali untuk memastikan kami boleh membentangkan hujah dengan lebih lancar."



Sementara itu, pembahas kedua, Nasuha, yang juga Pembahas Terbaik Peringkat Suku Akhir, berkata:



"Ia amat sukar kerana kami membuat persiapan untuk pertandingan bahas sambil melaksanakan komitmen lain seperti mengulang kaji untuk peperiksaan dan menunaikan tugas sebagai ahli kegiatan kokurikulum (CCA).



"Tetapi pada penghujung hari, kami bangga dengan pencapaian kami sebagai satu pasukan."



Ketua Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah Tanjong Katong, Cikgu Nurul 'Ain Kamarulzaman, juga bangga kerana anak-anak muridnya dapat menunjukkan tahap peningkatan yang amat tinggi dalam masa singkat.



"Persiapan mereka amat intensif dari minggu ke minggu. Mereka habis membuat pengurusan waktu dan membahagikan masa dan tanggungjawab antara akademik, CCA dan tugas mereka sebagai anggota majlis pelajar," ujarnya.



Pasukan pemenang telah membawa pulang Piala Izzuddin Taherally, trofi individu dan baucar.



Trofi-trofi telah disampaikan oleh tetamu terhormat Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.



Walaupun tewas, naib juara, pasukan Sekolah Menengah Dunman tetap berbangga dan bersyukur kerana mereka dapat mempertingkatkan pengetahuan tentang hal ehwal semasa.



Mereka terdiri daripada Muhammad Shodiqin Jamal, Nayli Alya Gozali, Averidhibra Nurkusuma Nagari dan Mae Sarah Nazri.



Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain, berkata bahawa mauduk tahun ini berbeza daripada mauduk tahun-tahun lepas kerana ia memberi lebih tumpuan kepada konteks antarabangsa.



"Untuk perbahasan tahun ini, kami mahukan para pelajar mempunyai sikap pemikiran yang meliputi topik-topik global seperti hal-ehwal negara dan keadaan ekonomi," kata Encik Nassar.



Peringkat akhir tahun ini telah diadakan di Project Studios, Wisma Geylang Serai. Pertandingan bahas tahun ini juga merupakan salah satu acara yang dianjurkan 4PM untuk meraikan ulang tahunnya ke-75.



Sebanyak 20 pasukan daripada 20 sekolah menengah telah menyertai pertandingan tahun ini.



Pusingan awal telah diadakan pada 18 Februari 2023, manakala suku akhir dan separuh akhir diadakan pada 25 Februari 2023 dan 4 Mac 2023 masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >