Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Sekolah Shuqun ambil tindakan disiplin terhadap pelajar dalam kes buli

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sekolah Shuqun ambil tindakan disiplin terhadap pelajar dalam kes buli

Sep 24, 2015 | 04:32 PM

SEKOLAH Menengah Shuqun telah mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa pelajar yang berkelakuan tidak senonoh dalam kes buli di sekolah tersebut, kata pengetua sekolah Chia Hai Siang.

Dalam kenyataannya hari ini, Encik Chia berkata menyedari akan usia muda para pelajar itu dan perasaan sesal yang dilahirkan, sekolah tersebut sedang memberi kaunseling kepada mereka untuk "memastikan mereka belajar dan menebus kesalahan mereka."

"Saya telah bercakap kepada kelas itu dan menasihati mereka bagaimana sebagai orang yang melihat kejadian tersebut mereka seharusnya mencegah perbuatan agresif itu."

"Kelas tersebut berazam untuk belajar daripada insiden ini dan saling memberi sokongan untuk mempamerkan kelakuan yang lebih baik," kata Encik Chia.

Dalam satu klip video yang diposkan ke Internet Isnin lalu menunjukkan seorang pelajar lelaki sekolah itu memukul dua pelajar lelaki lain di kepala beberapa kali.

Video tersebut tersebar luas dan perhatian ramai orang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3