Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor bioteknologi kian berkembang, dorong Acumen gajikan 30 pekerja di bawah skim latihan

Mar 11, 2021 | 09:56 PM



PERTUMBUHAN pesat sektor bioteknologi sewaktu pandemik Covid-19 ini menjana pekerjaan baru dalam bidang ini dengan firma teknologi perubatan Acumen Diagnostics turut menambah bilangan pekerjanya.



Syarikat ini yang membuka makmal klinikal Covid-19 pada Khamis (11 Mac) akan menggajikan lagi 30 pekerja sebagai sebahagian inisiatif latihan baru.



Acumen bekerjasama dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e21) serta Politeknik Republic (RP) bagi memulakan kursus baru buat ahli teknologi perubatan dan ahli teknologi pengeluaran diagnostik molekular.



Inisiatif ini melibatkan RP menyampaikan pembelajaran teori dan Acumen pula menyediakan latihan dalam pekerjaan serta peluang pekerjaan selanjutnya buat pelatih yang berjaya menamatkan program ini.



Acumen Diagnostics yang mempunyai 40 pekerja kini adalah hasil usahasama dengan Q&M Dental Group yang dibangunkan April tahun lalu.



Ia ditubuhkan syarikat terdahulu, Acumen Research Laboratories, sebuah syarikat teknologi perubatan swasta, yang dimulakan 11 tahun lalu oleh Dr Ong Siew Hua, kini ketua eksekutif dan ketua saintis Acumen Diagnostics.



Makmal klinikal baru yang dirasmikan pada Khamis sudah beroperasi sejak Disember lalu dan telah memproses sekitar 40,000 ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) bagi Covid-19.



Sampel ini diambil daripada ujian rutin di enam dormitori pekerja asing, dua pusat pemeriksaan serantau dan klinik umum.



Kit ujian Covid-19 baru yang dibangunkan Acumen kini sedang ditinjau Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan akan dilancarkan tidak lama lagi.



Kit lebih berkesan dan menjimat kos itu membantu menambah seganda bilangan ujian PCR setiap hari di Acumen kepada sekitar 3,000 ujian.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >