Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor penerbangan perlu capai tahap karbon lebih rendah

Iswaran: Terdapat keperluan mendesak untuk tindakan iklim
May 18, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN masa depan sektor penerbangan lebih-lebih lagi dalam rantau Asia Pasifik kekal cerah, ia penting bahawa pertumbuhan dalam perjalanan udara dilakukan pada tahap intensiti karbon yang jauh lebih rendah.



Ini memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk tindakan iklim, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, pada Selasa sewaktu berucap di Mesyuarat Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-11 yang diadakan di Detroit, Amerika Syarikat.



Beliau menggariskan tiga cara penting yang boleh dilaksanakan sektor penerbangan antarabangsa dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 - matlamat aspirasi jangka panjang yang dipersetujui oleh Perhimpunan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Salah satu cara, kata Encik Iswaran, adalah untuk melabur dalam pembangunan jenis pesawat cekap bahan api yang lebih banyak dan baru supaya dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau syarikat penerbangan.



Dalam jangka masa panjang, katanya, teknologi memuncul khususnya dalam teknologi pendorongan berdasarkan hidrogen dan elektrik, menawarkan potensi pengurangan tertinggi, lebih-lebih lagi bagi penerbangan jarak pendek antara 1,000 dengan 2,000 kilometer.



Seterusnya, beliau berkata. penting untuk melabur dalam teknologi Pengurusan Trafik Udara dan konsep operasi bagi meningkatkan kecekapan penerbangan dan mengurangkan pelepasan.



Encik Iswaran menukil contoh operasi berdasarkan trajektori (TBO) - yang membolehkan pembekal khidmat navigasi udara untuk sama-sama merancang dan mengoptimumkan seluruh trajektori pesawat merentas sempadan.



Langkah itu dapat mengubah cara trafik udara diuruskan, lantas memberi manfaat kepada semua pengguna udara.



Singapura pula sedang bekerjasama dengan rakan untuk membangunkan teknologi tersebut.



"Kami sedang bekerjasama dengan pembekal khidmat navigasi udara dari Canada, Jepun, Thailand, dan Amerika bagi percubaan TBO berbilang rantau pertama di dunia, dengan percubaan penerbangan langsung yang akan dijalankan bulan depan," ujarnya.



Akhir sekali, beliau mencadangkan agar kegunaan bahan api penerbangan mampan dipertingkat.



Ini memerlukan bekalan bahan mentah dikekalkan dan rantaian bekalan untuk dibangunkan.



Selain itu, permintaan boleh disokong menerusi mandat dan insentif pemerintah, serta inisiatif korporat.



Dalam pada itu, perlu untuk kerjasama antarabangsa yang kukuh dan kerjasama industri strategik, lebih-lebih lagi bagi mekanisme antarabangsa seperti laluan hijau penerbangan.



"Semua elemen ini tertanam dalam rancangan Singapura untuk membangunkan pelan induk hab udara yang mampan. Kita perlu memastikan, secara kolektif, bahawa usaha kita kekal sebagai satu yang inklusif dan melibatkan semua negara, dengan negara diberikan sokongan penting bagi latihan dan pembinaan keupayaan," ujarnya.



Encik Iswaran turut berkongsi bahawa Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meramalkan Asia Pasifik sebagai rantau yang akan mengalami pertumbuhan paling cepat bagi perjalanan udara dalam dua dekad seterusnya.



Trafik penumpang dijangka tumbuh pada kadar purata tahunan iaitu 4.5 peratus, berbanding dengan purata global iaitu 3.3 peratus, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >