PENDEKATAN yang diambil Singapura terhadap corak pemerintahannya ialah sesuatu yang perlu diperhalusi secara kerap kerana tiada satu dasar yang boleh bertahan buat selamanya, meskipun ia yang terbaik apabila diperkenalkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean semalam.
Pemerintah juga lebih aktif mendekati warga dalam proses membuat keputusan kerana ia akur bahawa ia tidak mempunyai kesemua jawapannya, tambah Encik Teo.