Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Semakan gaji khidmat sosial beri lebih fleksibiliti ambil pekerja baru

May 09, 2023 | 05:30 AM



GAJI sektor perkhidmatan sosial yang disemak baru-baru ini memberi lebih fleksibiliti untuk mengambil pekerja daripada pelbagai tahap kecekapan, dan merancang perkembangan mereka mengikut pengalaman dan prestasi, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, di Parlimen pada Isnin.



Bagi peranan pekerjaan yang digabungkan, garis panduan gaji permulaan mengambil rujukan daripada campuran gred yang digabungkan. Gaji akan lebih tinggi daripada gaji permulaan peranan yang digabungkan itu, yang lebih rendah sebelum semakan, tambahnya.



Encik Chua berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai peranan pekerjaan dan garis panduan gaji untuk kakitangan sektor perkhidmatan sosial.



Gaji sektor perkhidmatan sosial telah diumumkan pada Mac, akan naik antara 4 peratus dan 15 peratus mulai 1 April.



Garis panduan gaji itu kali terakhir disemak oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) pada 2018.



Tetapi ada yang mendapati bahawa dalam garis panduan terkini, gaji permulaan yang disyorkan untuk kakitangan penjagaan kanan telah turun, dan begitu juga dengan titik rujukan untuk kakitangan penjagaan.



Encik Chua berkata gaji sektor disemak secara berkala untuk memastikan gaji dalam agensi perkhidmatan sosial (SSA) kekal berdaya saing berbanding peranan yang setanding dalam pasaran bersaing.



Peta kemahiran, yang menggariskan julat dan tahap kemahiran serta kecekapan yang diperlukan untuk setiap peranan pekerjaan, dibangunkan dan disahkan oleh wakil dari sektor, akademik dan pemerintah, katanya.



Dengan itu, beberapa peranan pekerjaan telah digabungkan atau disusun semula. Ini termasuk memetakan peranan kakitangan penjagaan kanan kepada gred pekerjaan pembantu perkhidmatan sosial, sambil mengklasifikasikan semula pekerja sosial bersekutu kepada peranan pekerja sosial bersekutu dan pekerja sosial kanan, tambahnya.



Peranan eksekutif, penyelaras program, eksekutif program dan eksekutif sukarelawan telah digabungkan menjadi satu peranan eksekutif.



Pekerja sosial (peringkat kemasukan) dan pekerja sosial juga diklasifikasi kepada satu peranan iaitu pekerja sosial, manakala ahli terapi (ijazah) dan ahli terapi (diploma) dijadikan satu peranan iaitu ahli terapi.



Julat bajet pertubuhan juga diselaraskan untuk peranan ketua agensi.



Encik Chua berkata NCSS telah menyokong SSA untuk melaksanakan garis panduan itu, dan memastikan pekerja dibayar setimpal.



"Kakitangan semasa tidak sepatutnya dikurangkan gaji mereka ekoran perubahan kepada peranan pekerjaan," tegasnya.



"SSA harus terus membayar kakitangan dengan gaji yang berdaya saing, termasuk membayar melebihi garis panduan jika mereka mampu berbuat demikian, untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja yang bermutu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >