Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semangat bantu terus menyerlah: Presiden Halimah

Kian ramai Melayu/Islam lebih berjaya berbakti pada golongan memerlukan
May 27, 2018 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN dana yang dikumpulkan menerusi Cabaran Presiden akan digunakan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah mempertingkat kemahiran, kata Presiden Halimah Yacob.



Sebagai contoh, beliau berkata Dana Memperkasa Kehidupan di bawah Cabaran Presiden akan bekerjasama dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) bagi memberi sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah mempertingkat kemahiran dan meraih pendapatan lebih baik.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Iftar Amal anjuran Berita Harian di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.



Sempena acara itu, sejumlah $30,000 berjaya dikumpulkan dengan sokongan penaja seperti Pondok Abang dan MES Group, dengan sumbangan derma itu disalurkan kepada Cabaran Presiden.



Lebih 150 orang daripada golongan yang memerlukan hadir menikmati jamuan berbuka puasa di acara itu.



Mengalu-alukan usaha membantu golongan susah, Puan Halimah berkata:



"Saya gembira kerana mereka yang lebih berjaya di kalangan kita tidak melupakan mereka yang memerlukan.



"Dalam banyak acara yang saya hadiri, saya telah bertemu dengan ramai karyawan Islam yang bukan sahaja berjaya tetapi turut menyumbang secara aktif kepada masyarakat.



"Ini penting, terutamanya di kalangan orang muda, supaya kejayaan tidak terhad kepada kumpulan kecil tetapi kepada yang lebih luas."



Turut hadir di acara itu ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; dan Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef; serta pegawai kanan Berita Harian dan Singapore Press Holdings (SPH).



Dalam ucapannya, Puan Halimah berkata masyarakat Islam, seperti semua rakyat Singapura, perlu bersiap sedia bagi perubahan pesat yang berlaku dan yang akan memberi kesan dalam kehidupan mereka.



Beliau berkata pelajar perlu terus berusaha gigih untuk cemerlang dalam pelajaran, pekerja perlu bersedia sentiasa menjalani latihan bagi meraih kemahiran dan keupayaan baru dan keluarga pula harus terus memperkukuhkan diri agar dapat mengharungi perubahan yang berlaku dengan baik.



"Dalam zaman transformasi teknologi pesat ini, berapa pantas kita boleh ubah dan menyesuaikan diri akan membuat kelainan dan akan menentukan kejayaan kita.



"Di tengah-tengah semua ini, kita perlu kekal teguh pada nilai-nilai kita dan terus bertapak pada Singapura.



"Masyarakat Islam Singapura boleh bangga dengan diri kita bahawa kita anggota masyarakat menyumbang yang berharga dan dikenali oleh banyak negara sebagai model masyarakat Islam yang layak dihormati dan dicontohi," kata beliau.



Gembira dapat temu Presiden




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >