DENGAN kedatangan bulan puasa akhir bulan ini, kerja membangunkan hiasan yang bakal mewarnai kawasan Geylang Serai sudah bermula.
Pereka bentuk kanan di syarikat reka bentuk P'Art 1 Design Pte Ltd, Cik Vanessa Tan, dan kumpulannya telah bertungkus-lumus berbincang mengenai idea mereka dan memasang hiasan yang akan dipamerkan tahun ini.