Aspirasi tinggi, bijak menggunakan teknologi dan dahagakan kejayaan. Inilah antara ciri-ciri generasi milenial yang diperlukan dalam membentuk masa depan Singapura. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) meninjau semangat waja golongan milenial ini.
UMURNYA baru 19 tahun tetapi semangat kental yang ditonjolkan pelajar tahun pertama kolej sastera liberal Yale-NUS, Cik Izzah Haziqah Harisfadilah, dalam akademik dan kegiatan persatuan sekolahnya amat membanggakan.