Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sembcorp dan Politeknik Singapura mengkaji teknologi kitar semula panel solar

Jan 23, 2019 | 06:10 PM



TENAGA solar sedang berkembang sebagai sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui di Singapura.



Tetapi ini menimbulkan cabaran utama dan mendesak bagi industri tenaga solar tempatan - ke manakah perginya panel solar yang telah digunakan pada akhir hayat mereka?



Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa menganggarkan bahawa menjelang 2050 dunia telah menghasilkan 60 juta tan sisa panel fotovoltaik. 



Tetapi syarikat tenaga tempatan Sembcorp Industries dan Politeknik Singapura (SP) berkata mereka mempunyai penyelesaian kepada masalah ini.



Sembcorp dan SP menandatangani satu kerjasama hari ini (23 Jan) untuk mengkomersialkan apa yang dikatakan sebagai proses kitar semula panel solar pertama di Singapura.



Dibangunkan secara tempatan oleh penyelidik, ia melibatkan pengeluaran bahan kitar semula daripada bahagian-bahagian panel solar yang telah digunakan, seperti kaca, silikon, dan logam termasuk perak dan aluminium.



Di bawah kerjasama ini, Sembcorp dan SP juga akan bekerjasama untuk membangunkan sebuah loji kitar semula perintis untuk panel solar.



Teknologi ini akhirnya akan digunakan untuk membantu mengitar semula panel dari projek solar di atas bumbung Sembcorp di sini, yang terletak di blok perumahan awam, sekolah, tapak pemerintah, serta kemudahan perindustrian dan komersil swasta.



Jika teknologi itu terbukti berdaya maju secara komersial, loji perintis tersebut boleh menjadi prototaip yang berpotensi bagi pengitaran semula berskala besar untuk panel solar terpakai di Singapura, dan selanjutnya.



Kedua-dua Sembcorp dan SP berharap kaedah ini akan membantu mengurangkan sampah, serta memastikan tenaga fotovoltaik kekal mesra alam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >