Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sembilan ditangkap kerana rusuhan bersenjata, tiga diburu polis

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SEMBILAN lelaki telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rusuhan dan perhimpunan menyalahi undang-undang, kata polis kelmarin.



Polis telah dimaklumkan mengenai satu pergaduhan di tempat letak kereta bertingkat pada 8 Januari, pada kira-kira 11.45 malam.



Siasatan awal mendapati dua kumpulan lelaki mempunyai pertikaian di tempat letak kereta di Blok 37A Jalan Rumah Tinggi di Redhill.



Pertengkaran itu bertambah buruk dan menjadi satu pergaduhan.



Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Divisyen Polis Clementi telah mengenal pasti identiti orang-orang tersebut melalui pertanyaan di lapangan dan dengan bantuan kamera polis, dan sembilan orang telah ditangkap.



Tiga pisau roti dan sebuah penumbuk buku jari besi, dipercayai digunakan sebagai senjata dalam pergaduhan itu, turut dirampas.



Seorang daripada sembilan lelaki itu, Irwanto Abdullah, 43 tahun, didakwa semalam bagi kesalahan merusuh menggunakan senjata boleh membawa maut.



Pendakwa raya polis meminta agar Irwanto direman empat hari bagi siasatan dan rampasan bahan bukti. Dia akan dihadapkan di mahkamah seterusnya pada 20 Januari.



Sebelum ini, empat daripada lelaki itu, berusia antara 22 dan 59 tahun, juga didakwa bagi kesalahan sama antara 10 Januari dan 14 Januari.



Siasatan polis masih berterusan.



Sementara itu, polis merayu bagi maklumat mengenai lokasi tiga lelaki berikut: Mohamad Aliff Mohd, Syed Muhammad Nazmi Syed Abdullah dan Muhammad Rizal Senin.



Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menelefon talian polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat itu di laman www.police.gov.sg/i-witness.



Polis berkata: "Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan. Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa melindungi pelarian adalah satu kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penjara dan denda."



Kesalahan merusuh menggunakan senjata maut membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan rotan.



Mereka yang didapati bersalah berhimpun secara terlarang boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.



Polis juga mengingatkan orang ramai bahawa ia tidak bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan kongsi gelap yang mengancam keselamatan awam dan keamanan masyarakat.



"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang memilih untuk bersekutu dengan kongsi gelap dan secara terang-terangan tidak mempedulikan undang-undang," kata polis kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >