Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seminar beri panduan suami isteri perkukuh hubungan, besarkan anak

Sep 03, 2019 | 05:30 AM



'BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing'.



Itulah tema Seminar Keibubapaan anjuran Pusat Kebapaan (CFF) dan Angkatan Karyawan Islam (AMP).



Tema tersebut diambil bagi menekankan bahawa asas keluarga yang kukuh bermula dengan hubungan suami isteri yang positif.



Penceramah yang akan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dalam seminar ini ialah Dr Nazirudin Nasir, Timbalan Mufti Singapura, dan pakar motivasi dari Malaysia, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.



Mengulas tema seminar tersebut, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohd Anuar Yusop, berkata:



"Hubungan atau ikatan yang kukuh dan positif antara pasangan suami isteri akan memberikan persekitaran yang positif di rumah yang baik untuk perkembangan anak. Anak-anak akan membesar menjadi individu yang yakin, berpandangan positif dan mempunyai nilai murni yang baik.



"Salah satu daripada cara membina hubungan positif suami isteri ialah menerusi sesi menimba ilmu seperti seminar keibubapaan yang akan datang yang akan kami anjurkan bersama Pusat Kebapaan.



"Kami juga berharap seminar ini dapat memberi ibu bapa pengetahuan praktikal dalam membina keluarga yang kukuh."



Berikut butir seminar:



SEMINAR KEIBUBAPAAN 2019



Tema: 'Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing'



Tarikh: Ahad, 15 September 2019



Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang



Tempat: Orchard Hotel



Harga tiket: $50



Harga promosi tiket: $90 bagi pasangan suami isteri



Tiket boleh dibeli di laman bit.ly/SK15Sep, atau secara langsung di pejabat AMP berikut pada waktu pejabat:



  • AMP @ Pasir Ris, 1 Pasir Ris Drive 4, #05-11;

  • AMP @ Jurong Point, #06-02 Jurong Point Shopping Centre; dan

  • AMP @ Wisma Geylang Serai, 1 Engku Aman Turn, #03-03 (Lobi Lif B).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >