Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sempadan darat antara S'pura, Malaysia mungkin dibuka semula dalam masa beberapa minggu

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SEMPADAN darat antara Singapura dengan Malaysia mungkin akan dibuka semula dalam masa beberapa minggu akan datang di bawah "peraturan bak Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL)", yang mungkin merupakan langkah utama dalam melonggarkan perpisahan selama 20 bulan di antara kedua-dua negara jiran itu, yang juga telah menyebabkan ketegangan dalam kalangan keluarga.



Tanpa memberi lebih banyak perincian, pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata perbincangan dengan Malaysia sedang menunjukkan kemajuan yang baik.



"Kami sedang berusaha melancarkan ini tidak lama lagi, harap-harap dalam masa beberapa minggu akan datang," katanya mengenai pembukaan berperingkat antara Koswe Woodlands dengan Laluan Kedua Tuas.



"Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan rapat dalam pelbagai aspek, terutama di kalangan warga kita."



Ini menyusuli pengumuman awal bahawa VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur akan dibuka mulai 29 November ini.



Laluan VTL membenarkan pengunjung mengikuti perjalanan tanpa kuarantin.



Pembukaan sempadan darat dinanti-nantikan dalam kalangan penduduk kedua-dua negara dan ia juga dilihat sebagai cara serta perjalanan yang lebih menjimatkan dan mudah untuk warga kedua-dua negara.



Sebelum pandemik, Koswe dan Laluan Kedua Tuas kedua-duanya menyaksikan sekitar 415,000 pengunjung setiap hari.



Namun bilangannya mula susut apabila Malaysia menutup sempadannya pada Mac tahun lalu, meski pemerintah Singapura kemudian memperkenal skim yang membenarkan pekerja untuk mengunjungi kedua-dua negara dengan notis duduk di rumah.



Selain itu, terdapat juga skim lawatan kecemasan sekiranya berlaku kematian atau sakit kritikal.



Lebih 100,00 rakyat Malaysia masih terus hidup dan bekerja di sini meski terdapat sekatan perjalanan.



Encik Gan akur akan kesukaran yang dilalui warga Singapura dan Malaysia akibat sekatan sempadan.



"Ramai keluarga terpisah antara satu sama lain bagi tempoh yang lama kerana sekatan sempadan.



"Kami berharap dengan peraturan hubungan darat ini, ia akan membolehkan lebih ramai daripada mereka kembali bersatu kembali dan ini akan menjadi antara keutamaan kita," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >