Pemberhentian kerja merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan sesetengah syarikat semasa pandemik Covid-19 ini sedang ada yang berdepan dengan cabaran kos dan yang lain pula perlu ditutup semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini. Namun, dengan bantuan dan bimbingan, individu masih boleh merebut peluang kerja yang ada di luar sana meskipun jika gajinya mungkin tidak setanding dengan pekerjaan lama. Sempena Hari Pekerja semalam, BERITA HARIAN memaparkan kisah dua pekerja yang enggan berputus asa dan berusaha gigih mencari pekerjaan semasa Covid-19 ini. Laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).
SELEPAS berakhirnya projek pekerjaan ad-hoc sebagai pekerja bebas pada tahun lalu, Encik Sukaimi Sukri memutuskan untuk berehat seketika sebelum mencari pekerjaan baru.