Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Semua Majlis Bandaran dapat markah 'hijau' dalam kebersihan estet: MND

Mar 16, 2021 | 05:30 AM

SEMUA Majlis Bandaran (TC) didapati menampilkan penyata kewangan yang seimbang dan wajar bagi tahun kewangan (FY) 2019.

Lanjutan itu, tahap kebersihan estet semua TC juga didapati berada di paras 'hijau' atau terbaik mengikut penilaian Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Namun, TC Tampines pengendali terburuk dalam kalangan semua TC yang dinilai, khususnya dari segi tadbir urus korporat dan penjagaan keadaan estet.

MND mengemukakan laporan tahunan menilaikan TC demikian menerusi kenyataannya semalam.

Sebanyak 16 penyata kewangan bagi 16 TC prapilihan raya 2020 pada FY2019 telah dibentangkan kepada Parlimen oleh pihak MND.

MND berkata pihaknya melanjutkan tarikh TC menyerahkan penyata kewangan diperiksa dan senarai kriteria tadbir urus baik selama dua bulan, iaitu dari 30 September kepada 30 November tahun lalu.

Lanjutan tarikh berlaku ekoran Tempoh Pemutus Litar.

Akibatnya, penyerahan penyata mereka kepada Parlimen berserta penerbitan keputusan Laporan Pengurusan TC (TCMR) ikut tertunda.

TCMR FY2019 merangkumi tempoh April 2019 hingga Mac 2020.

Setiap TC dinilai menggunakan lima syarat yang mempunyai tiga tahap.

Setiap tahap diberi warna berlainan yakni hijau (terbaik), jingga dan merah.

Lima syarat berkenaan ialah tahap kebersihan estet, penjagaan keadaan estet, keadaan lif, pengurusan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) dan tadbir urus.

Penilaian tersebut dilakukan berdasarkan kriteria yang boleh dikira menurut TC dan juruaudit.

Menurut MND, keputusan TCMR FY2019 hampir serupa dengan laporan sebelum ini.

Namun, mereka memerhatikan terdapat peningkatan dari segi kebersihan estet.

Dari segi penjagaan keadaan estet pula, 14 daripada 16 TC meraih label hijau manakala TC Aljunied-Hougang dan Tampines meraih tahap jingga.

Keadaan lif bagi semua TC dilabel hijau kerana terdapat kurang dua kerosakan sebulan bagi setiap 10 lif.

Pengurusan S&CC bagi 15 TC disahkan terbaik manakala TC Chua Chu Kang meraih tahap jingga.

Dari segi tadbir urus, 15 TC dilabel hijau manakala TC Tampines dikira jingga ekoran satu kejadian tidak mematuhi Peraturan Kewangan TC (TCFR).

Hal ini disebabkan Tampines didapati terkurang mencarumkan jumlah dana secara tidak sengaja akibat kesalahan komputer.

Bagi TCMR FY2020, MND menangguh penilaian bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.

Tiada laporan akan diterbitkan ekoran Tempoh Pemutus Litar dan Pilihan Raya (GE) 2020 Julai lalu.

TCMR FY2021 pula akan mengikuti garisan sempadan baru selepas GE2020 yang merangkumi 17 TC dalam tempoh April 2021 hingga Mac 2022.

Keterangan lanjut boleh didapatkan dengan melayari laman www.mnd.gov.sg/towncouncils.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3