Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sendiri tabur bakti di Lombok

Aug 17, 2018 | 05:30 AM



HATINYA sayu melihat kesan buruk akibat beberapa gempa bumi di Lombok, Indonesia, baru-baru ini.



Namun, beliau enggan sekadar menjadi pemerhati dan bersimpati dari jauh.



Biarpun tanpa sokongan mana-mana badan atau teman, Cik Idani Mohd Jelani (gambar atas) telah membuat keputusan untuk berangkat ke pulau peranginan popular itu seorang diri meskipun akur akan risiko yang dihadapinya.



Bagi suri rumah yang berumur 43 tahun itu, ia merupakan kali pertama beliau melaksanakan misi bantuan bencana.



Perasaan gementar tidak terkecuali, namun tekadnya tetap teguh.



Malah, beliau sudah membuat persiapan mental perlu tidur di khemah di tepi jalan.



Sebenarnya beliau bukan satu-satunya warga Singapura yang melakukan demikian.



Antara individu lain yang melakukan serupa adalah Encik Mohamad Tahar Jumaat yang berada di Lombok ketika gempa bumi pertama dan kedua melanda tempat itu.



Namun, gempa itu tidak menghambat keinginannya untuk kembali menghulurkan bantuan kepada mereka.



Beberapa individu itu tidak gentar keluar daripada zon selesa mereka untuk turun padang.



"Walaupun gempa bumi menimpa Indonesia, ia tidak bermakna kita tidak boleh membantu mereka," kata Encik Tahar.



Malah, inilah saat yang kita patut berada disamping mereka, tambahnya.



Laporan penuh:



Suri rumah ke Lombok sendiri tabur bakti pada mangsa memerlukan



Individu kumpul derma lebih $45 ribu ringankan beban mangsa



Lombok terus dibelenggu kesan gempa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >