Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Sentuhan' moden juadah tradisional di gerai bazar Geylang Serai

Pelanggan sifatkan makanan tradisional lebih murah, mengenyangkan
May 16, 2019 | 05:30 AM



JIKA pada tahun-tahun yang lalu, gerai makanan hipster telah menjadi 'kegilaan' di bazar Geylang Serai, tahun ini terdapat lebih banyak gerai yang menghidangkan juadah tradisional.



Secara purata, daripada 10 gerai makanan yang terdapat di bazar Geylang Serai, enam gerai merupakan gerai makanan yang menjual juadah tradisional.



Bahkan, untuk menyesuaikan kepada cita rasa anak muda, gerai ini juga menjual makanan tradisional dengan 'sentuhan moden'.



URBAN & CO. BY FERNEY



Bagi gerai Urban & Co by Ferney, mereka menjual makanan tradisional seperti karipap, otak-otak, satar ikan dan pepes ayam.



"Kami jual pepes ayam dan satar ikan kerana kami rasa ia sukar untuk didapati di Singapura.



"Oleh itu, kami bawa makanan ini agar warga Singapura dapat nikmatinya" ujar pemilik Urban & Co. by Ferney, Encik Mohamad Zairul Salihin Zaihan, 25 tahun.



Selain itu, gerainya turut menjual keropok lekor berkeju, kentang goreng berkeju dan juga 'burger banjir'.



"Saya lebih suka juadah tradisional kerana ia lebih murah dan mengenyangkan berbanding makanan hipster" kata pelanggan Cik Siti Sabrina, 28 tahun.



"Mujur kini terdapat lebih gerai yang jual makanan tradisional untuk pelanggan yang lebih sukakan makanan seperti ini untuk buka puasa."



THE ORIGINAL RECIPE



Gerai The Original Recipe telah berada di bazar Geylang Serai setiap tahun semasa Ramadan selama 30 tahun.



Gerai ini menghidangkan sebanyak 12 jenis hidangan tidak termasuk perisa vadai yang lebih moden iaitu perisa coklat dan keju.



"Kami rasa ia penting untuk terus kekal relevan, terutama sekali kepada belia.



"Oleh itu kami telah kenalkan perisa vadai coklat dan keju lima tahun lalu," kata pemilik The Original Recipe, Encik Suriyah Selvarajah, 30 tahun.



MYLAKSA



Buat kali pertama, MyLaksa membuka gerai di bazar Geylang Serai.



Menurut Pengarah Operasi MyLaksa, Encik Raymond Lim, 51 tahun, My Laksa bertujuan menonjolkan makanan tradisional Melayu iaitu laksa asam Penang.



"Setiap tahun saya akan beli makanan tradisional untuk dibawa pulang untuk berbuka.



"Mujurlah tahun ini ada gerai seperti MyLaksa," kata seorang pelanggan, Cik Ana Suhana, 38 tahun.



Tambahan, terdapat juga menu asam laksa 'oden' di mana pelanggan boleh memilih bahan seperti sotong, bebola ikan dan udang karang untuk dimakan bersama.



APAM BALIK POWER



Selain perisa apam balik 'old school' seperti kacang dan jagung, Apam Balik Power juga menyediakan perisa yang mempunyai sentuhan Barat.



Antaranya apam balik red velvet, chocobanana dan cheesy oreo.



"Memang orang lama sukakan perisa yang old school tetapi bagi pelanggan lebih muda, kami kenalkan apam balik berwarna terang dan ikuti trend semasa bagi menarik perhatian orang muda." kata pemilik Apam Balik Power, Cik Rozaelfita Ali Amran, 44 tahun.



Bagi pelanggan yang ingin mencuba kededua perisa lama dan baru, mereka boleh memesan perisa apam balik '2 atau 3 dalam satu'.



Terdapat lebih 20 perisa apam balik yang boleh didapati di gerai Apam Balik Power yang terletak berdekatan Wisma Geylang Serai.



Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual juadah tradisional yang sering didapati di bazar Geylang Serai pada tahun-tahun lalu seperti goreng pisang, dendeng dan roti john.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >