Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Sentuhan peniaga muda tambah daya tarikan jualan

Sudah hampir dua minggu sejak Bazar Kampong Glam beroperasi. Dianjurkan pada skala besar-besaran setelah pemansuhan sekatan pandemik, BERITA HARIAN meninjau gerai-gerai yang buat kali pertama berniaga di sana. 
Mar 30, 2023 | 05:30 AM



GENGGAM bara api biar sampai jadi arang - inilah sikap yang diambil peniaga muda yang mengendalikan gerai menjual jagung cawan dan ais air kelapa di bazar Kampong Glam.



Biarpun merupakan muka baru di medan selera seperti bazar Ramadan, pengendali gerai IIceage, Cik Sharifah Iman Mustafa Aljunied, bersungguh-sungguh meningkatkan daya tarikan gerainya hasil maklum balas pelanggan selain menyesuaikan menu berdasarkan trend dan permintaan.



Contohnya, selepas meneliti populariti makanan seperti ais krim kelapa dan sosej koktel, Cik Sharifah Iman dan dua rakan perniagaannya memperkenalkan hidangan baru dalam menu seperti jagung cawan dan air ais kelapa atau coconut ice blended.



"Kami dapati bahawa ais krim kelapa hanya akan dibeli selepas waktu berbuka, justeru kami memperkenalkan menu baru supaya pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dan ia senang dibawa ke mana-mana untuk berbuka," kata Cik Sharifah Iman, 25 tahun, yang bertugas sepenuh masa sebagai penasihat kewangan.



Hasil langkah itu, Cik Sharifah Iman dapati hasil jualan di gerainya semakin meningkat.



"Sebenarnya kami gerun dengan pengalaman berniaga tetapi menganggapnya sebagai satu peluang mencuba dan belajar daripada kesilapan. Kami harus belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan.



"Sebab itu kami telah beberapa kali memperbaiki dan menukar sepanduk demi mendapatkan perhatian pelanggan," tambah Cik Sharifah Iman.



Katanya, beliau mengambil keputusan membuka gerai itu selepas mendapati tidak banyak gerai yang menyajikan pencuci mulut.



Antara cabaran yang dilalui beliau ialah kekurangan tenaga pekerja untuk membantu melayani pelanggan.



"Kami tidak mampu mendapatkan tenaga kerja tambahan kerana ia akan memakan kos yang lebih tinggi dan ini akan menjejaskan keuntungan kami," tambahnya.



Dari aspek masa operasi gerai, Cik Sharifah Iman akui ia mencabar memandangkan beliau mempunyai pekerjaan sepenuh masa.



Mujur beliau dan rakan-rakan kongsi telah mendapatkan bantuan kawan-kawan dan anggota keluarga untuk membantu mengendalikan gerai apabila ia dibuka sekitar 4 petang.



Kata Cik Sharifah Iman, antara menu paling laris ialah ais krim kelapa Thailand yang berharga $10 dan dihidang dengan cendol, buah atap, jagung, kacang merah dan gula melaka.



"Apabila melihat reaksi pelanggan ketika menjamah ais krim kami dan menerima maklum balas yang baik, kami rasa puas. Hilang segala penat dan rasa berbaloi dengan kerja keras dan segala pengorbanan kami," katanya lagi.



"Suasana dan sambutan dari pelanggan sangat menggalakkan pada hujung minggu. Pada Jumaat, pelanggan mula tiba seawal 3 petang."



Cik Sharifah Iman berkata beliau dan rakan-rakannya akan melakukan kajian pemasaran produk yang berkesan dan merancang menyertai dalam bazar-bazar lain di masa hadapan jika ada peluang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >