Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang lagi warga M'sia diberkas, terlibat bantu pasangan penipu lolos

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lagi lelaki telah ditahan kerana disyaki membantu pasangan yang terbabit dalam kes penipuan berhubung jualan barangan mewah, melarikan diri dari Singapura.



Dalam satu kenyataan kelmarin, polis berkata lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun itu didakwa bekerjasama dengan rakan senegaranya, Mohamed Alias, 40 tahun, untuk membantu warga Singapura, Pi Jiapeng, 26 tahun, dan warga Thailand Pansuk Siriwipa, 27 tahun, meninggalkan Singapura pada 4 Julai.



Pasangan ini didakwa gagal menghantar barangan bernilai $32 juta kepada pelanggan.



"Dengan kerjasama dan sokongan daripada Polis Diraja Malaysia, lelaki berusia 38 tahun itu diberkas di Malaysia pada 29 Julai," kata Pasukan Polis Singapura (SPF).



Menurut laporan The Straits Times, dia dihadapkan ke mahkamah di sini semalam. (30 Julai)



Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $6,000.



Suspek pertama, Mohamed Alias didakwa di mahkamah pada 15 Julai lalu kerana membantu pasangan itu meloloskan diri dari negara ini.



Pasangan itu didakwa sembunyi dalam petak kontena sebuah lori berdaftar di Malaysia dengan nombor plat JUH7245.



Mohamed Alias dikatakan memandu kenderaan yang membawa pasangan itu kira-kira jam 7.25 malam pada 4 Julai lalu di bahagian kargo berlepas Pusat Pemeriksaan Tuas.



Sekurang-kurangnya 180 laporan telah dibuat terhadap pasangan itu sejak Jun, kata SPF pada 19 Julai.



Mangsa berkata mereka telah membuat bayaran pendahuluan untuk jam tangan mewah atau beg mewah kepada pasangan itu, yang gagal menawarkan barangan yang ditempah.



Waran tangkap dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap pasangan berkenaan.



SPF berkata mereka sedang bekerjasama rapat dengan rakan penguatkuasa undang-undang asing untuk mengesan pasangan itu dan hasil jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >