Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Separuh majikan SG rancang ambil pekerja pada suku akhir 2022: Tinjauan

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



SATU dalam dua syarikat mempunyai pelan untuk meningkat bilangan kakitangan pada suku keempat tahun ini, walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik, menurut satu tinjauan oleh syarikat kakitangan ManpowerGroup semalam.



Meskipun sentimen pengambilan pekerja telah merosot sebanyak 4 mata peratusan daripada suku lalu, sentimen tersebut kini telah meningkat hingga 38 mata peratusan, berbanding tahun lalu.



"Pengambilan pekerja di Singapura dijangka kekal rancak selaras dengan peningkatan majikan dalam pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan pekerjaan," kata Pengurus Negara syarikat pengambilan pekerja, ManpowerGroup Singapore, Cik Linda Teo, yang telah meninjau 150 syarikat.



Ini berlaku apabila beberapa sektor seperti sektor perbankan, kewangan, insurans dan hartanah, dilaporkan mempunyai pengambilan pekerja yang kukuh sejak suku pertama 2010.



Tujuan pengambilan pekerja dalam sektor ini bertambah baik sebanyak 10 mata peratusan setiap suku tahun dan 44 mata peratusan, tahun ke tahun, kata ManpowerGroup.



Cik Teo percaya bahawa permintaan tinggi untuk pekerja dalam sektor perbankan dan kewangan berlaku di pertengahan institusi mereka untuk meningkatkan perniagaan dalam ruang perkhidmatan kewangan digital.



Selain peranan berkaitan Maklumat Teknologi (IT) dan kewangan, terdapat juga permintaan tinggi bagi pekerjaan perkhidmatan pelanggan dan pengurus perhubungan.



Bagi permintaan yang terendah pula adalah daripada sektor seperti pendidikan, kesihatan, kerja sosial dan pemerintah, pembinaan dan sektor perkhidmatan lain, menurut tinjauan itu.



Melihat pada skala secara global, pengurus pengambilan kerja di seluruh rantau Asia-Pasifik menjangkakan mempunyai pengambilan pekerjaan yang paling kerap.



Ia juga merupakan satu-satunya rantau yang menunjukkan peningkatan dalam tujuan pengambilan kerja pada suku lalu bersama India, China dan Australia, yang mempunyai prospek kukuh dalam mengisi pekerjaan pendigitalan.



Walaupun sentimen pengambilan pekerja meningkat, tinjauan itu juga mendapati bahawa tiga daripada empat syarikat global bergelut untuk mengisi peranan di tengah-tengah masalah kekurangan pekerja yang tertinggi dalam tempoh 16 tahun.



Singapura tidak dikecualikan.



Majoriti majikan Singapura dalam semua sektor melaporkan kesukaran mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan pekerjaan - masalah yang Cik Teo percaya berpunca daripada pasaran pekerja yang ketat dan kekurangan pekerja yang mahir.



Dengan kelonggaran sekatan peraturan dalam pelancongan, acara MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran), kembali lebih rancak di Singapura. Permintaan pengambilan pekerja juga dijangka kekal tinggi untuk baki 2022 berikutan perayaan akhir tahun ini, kata Cik Teo.




"Pengambilan pekerja di Singapura dijangka kekal rancak selaras dengan peningkatan majikan dalam pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan pekerjaan."
- Pengurus Negara syarikat pengambilan pekerja, ManpowerGroup Singapore, Cik Linda Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >