Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seramai 362 orang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes menipu

Aug 05, 2022 | 08:44 PM



SERAMAI 362 orang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes menipu, sama ada sebagai penipu atau keldai wang dalam kes penipuan yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih $11.1 juta.

Dalam kenyataan mereka hari ini (5 Ogos), polis berkata seramai 249 lelaki dan 113 wanita, dipercayai terlibat dalam lebih 1,050 kes penipuan, termasuk cinta Internet, menyamar sebagai pegawai dan pemerintah dari China serta kes e-dagang.

Mereka yang disiasat berusia antara 16 tahun hingga 82 tahun.

Polis dari Jabatan Hal Ehwal Perdagangan (CAD) serta tujuh divisyen darat menjalankan operasi selama dua minggu di seluruh negara antara 22 Julai dan 4 Ogos.

“Suspek disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen,” kata polis.

Bagi kesalahan menipu, ia boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala pengubahan wang haram membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen boleh berdepan dengan denda maksimum $125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Untuk mengelak daripada menjadi rakan sejenayah, orang ramai harus 

Orang ramai dinasihati supaya “sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau telefon bimbit anda kerana anda akan bertanggungjawab jika ia digunakan untuk melakukan jenayah”, kata pihak polis.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah berikut diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat di laman web Pasukan Polis Singapura.

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, lungsuri laman web Amaran Penipuan atau hubungi talian Anti-Scam di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >