Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Serangan di Boon Lay: Lelaki mengaku salah serang mangsa guna pisau roti

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang marah kerana lelaki lain bercakap dengan teman wanitanya menggunakan pisau roti untuk menyerang lelaki tersebut di satu majlis perkahwinan di Boon Lay pada 6 April lalu.



Muhammad Sajid Saleem, 20 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan semalam termasuk satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan senjata secara sengaja.



Dia juga menghadapi satu pertuduhan menjadi ahli kongsi gelap antara Julai 2020 dengan April 2022, manakala tiga pertuduhan lain dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) R. Arvindren berkata serangan itu berlaku di tempat letak kereta berhampiran Blok 175 Boon Lay Drive.



Sehari sebelum kejadian, Sajid dan rakannya, seorang lelaki berusia 19 tahun, telah berpakat untuk pergi ke sana kerana mereka tahu lelaki yang bercakap dengan teman wanitanya akan berada di majlis perkahwinan itu.



Mereka membawa dua pisau roti sepanjang 23.5 sentimeter dan menyerang dua tetamu di majlis berkenaan. DPP Arvindren meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 39 bulan dan enam sebatan kepada Sajid sambil menyifatkan serangan itu sebagai mengerikan selain sebagai satu hukuman pencegahan.



Tambahnya, hari serangan tersebut sepatutnya menjadi hari yang diingati mangsa dan pasangan pengantin tetapi akhirnya menjadi hari untuk dilupakan bagi semua terlibat.



Peguam Sajid, Encik N. Divanan, dari Phoenix Law Corporation meminta mahkamah membuat laporan bagi menentukan latihan reformasi buat Sajid. Namun, DPP Arvindren berkata walaupun laporan itu menunjukkan kesesuaian Sajid menjalani latihan reformatif, pihak pendakwaan akan tetap dengan pendiriannya meminta hukuman penjara.



Latihan reformatif melibatkan penahanan di sebuah pusat dengan rejimen ketat yang boleh termasuk latihan kaki dan kaunseling.



Hakim Daerah Carol Ling telah meminta laporan latihan reformasi. Sajid, yang ditahan reman, akan kembali ke mahkamah pada 23 November untuk dijatuhkan hukuman.



Dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda atau rotan kerana telah secara sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata. Bagi pertuduhan di bawah Akta Masyarakat, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000.



Rakannya, yang dituduh bersubahat dalam insiden itu, menghadapi pertuduhan menjadi sebahagian daripada anggota kongsi gelap yang sama antara 2016 dengan April 2022.



Dia dijangka mengaku bersalah terhadap tuduhan itu pada 9 November ini tetapi tidak boleh dinamakan kerana berusia 14 tahun pada 2016.



Sesiapa yang dituduh melakukan kesalahan sebelum mencapai usia 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >