DUA serangan pengganasan yang berlaku di Manchester dan Jakarta minggu ini menekankan lagi mesej bahawa ancaman pengganasan adalah nyata meskipun kumpulan militan IS semakin lemah di Iraq dan Syria, kata para penganalisis.
Serangan bom yang berlaku di Manchester Arena, tempat berlangsungnya konsert penyanyi pop terkenal Ariana Grande baru-baru ini meragut nyawa sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk kanak-kanak, manakala 64 lagi cedera.