Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan siber SingHealth: Butir peribadi ESM Goh turut dicuri

Jul 21, 2018 | 12:23 PM



  MENTERI  Kanan Emeritus Goh Chok Tong  antara 1.5 juta pesakit yang butir peribadi mereka dicuri dalam serangan siber ke atas  SingHealth.



ESM Goh, yang baru bercuti di Langkawi, berkata dalam satu pos  Facebook lewat Jumaat (20 Julai) bahawa beliau  pulang ke rumah dan mendapat  berita  beliau  terjejas oleh serangan tersebut.



“Alamak! Perkara pertama yang saya dapat tahu  apabila  pulang dari Langkawi ialah    butir-butir peribadi bukan perubatan  saya di  SingHealth telah dicuri.



“Kecurian siber ialah  risiko utama apabila melaksana  digital, tetapi kita tidak boleh menghentikan kemajuan  digital dan mesti berusaha  membina Negara Bijak   paling selamat,” katanya dalam pos   itu.



Pihak berkuasa mengumumkan pada    Jumaat  bahawa penggodam  menyusup komputer SingHealth, kumpulan terbesar institusi penjagaan kesihatan Singapura, dalam pelanggaran data peribadi besar yang belum pernah terjadi sebelum ini  di sini.



Daripada 1.5 juta pesakit yang terjejas, preskripsi pesakit luar 160,000 orang, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beberapa menteri lain,  juga dicuri.



Encik David Koh, ketua eksekutif Agensi Keselamatan Siber Singapura, berkata  ia     serangan siber yang  sengaja,  disasarkan dan dirancang dengan baik. Beliau   menolak ia perbuatan penggodam kasual dan kumpulan jenayah,  tetapi enggan diajak menyatakan  siapa yang mungkin menjadi dalang serangan tersebut.



SingHealth akan menghubungi semua pesakit yang melawat klinik dan poliklinik pesakit pakarnya antara   1 Mei 2015  hingga 4 Julai 2018, untuk memberitahu mereka jika data mereka  dicuri. Mesej SMS akan dihantar kepada semua pesakit dalam tempoh lima hari akan datang.



Pesakit juga boleh mengakses aplikasi mudah alih Health Buddy  dan laman web SingHealth untuk memastikan apakah mereka      terjejas oleh pelanggaran tersebut. Mereka juga boleh memeriksa dengan  menggunakan pautan ini: https://datacheck.singhealth.com.sg/



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >