Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Sesetengah pelajar masih pakai pelitup; ada ibu bapa ambil langkah hati-hati

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



SEBILANGAN pelajar masih dilihat memakai pelitup di sekolah semalam walaupun mereka tidak lagi dikehendaki melakukan demikian di bawah peraturan yang dilonggarkan.



Ibu bapa yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka mahu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi anak mereka daripada dijangkiti virus Covid-19 walaupun keadaan pandemik itu di Singapura semakin stabil.



Tetapi ada juga ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka tidak memakai pelitup setelah lebih dua tahun melakukan demikian.



Ibu dua anak, Cik Nur Ashikin Mahmood, akur bahawa pelajar perlu melihat ekspresi muka guru terutama mereka yang masih menuntut di prasekolah.



Tetapi buat masa ini, beliau memilih untuk terus berjaga-jaga dengan memastikan anak-anaknya yang berusia sembilan dan lima tahun terus memakai pelitup ke sekolah.



"Memakai pelitup sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak saya dan walaupun anak-anak saya pernah dijangkiti Covid-19, risiko jangkitan semula masih tinggi. Saya tidak mahu mereka dijangkiti sekali lagi," kata Cik Nur Ashikin, 34 tahun.



Beliau bagaimanapun akan membenarkan mereka untuk tidak memakai pelitup dalam kereta sewa privet, di ruang terbuka dan di tempat yang tidak sesak.



Bagi Cik Nurul Yaqin Tahar pula, beliau membenarkan dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun untuk tidak memakai pelitup apabila ke tajaka mulai semalam.



"Mereka teruja mengetahui bahawa mereka tidak lagi perlu memakai pelitup. Sudah tentu kebimbangan masih ada, tetapi saya tidak begitu risau kerana mereka telah divaksin dan telah pun dijangkiti virus itu. Bagaimanapun, saya akan terus mengingatkan mereka supaya sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan menggunakan tandas, serta tidak memasukkan sebarang mainan ke dalam mulut," kata Cik Nurul Yaqin, 36 tahun.



Di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, sekitar 80 peratus pelajar memakai pelitup ke sekolah semalam, namun peratusan itu turun menjelang waktu pulang.



"Setelah diberikan taklimat oleh saya tentang langkah-langkah yang baru dan juga apabila pelajar melibatkan diri dalam kegiatan harian seperti untuk ke kantin dan juga kegiatan sukan, lebih ramai lagi yang tanggalkan pelitup. Apabila waktu bersurai, peratusan yang memakai pelitup menurun kepada 60 peratus. Saya rasa beberapa hari yang akan datang ini adalah masa untuk pelajar dan staf menyesuaikan diri," kata pengetua madrasah itu, Encik Herman Cher Ma'in.



Beliau menambah pihaknya akan terus mengingatkan pelajar dan kakitangan untuk sentiasa berwaspada dengan memantau kesihatan mereka dan mengikuti garis pandu yang ditetapkan jikalau mereka dijangkiti Covid-19.



Setiap pagi, pelajar diingatkan supaya mengambil berat terhadap kebersihan peribadi mereka, katanya lagi.




"Setelah diberikan taklimat oleh saya tentang langkah-langkah yang baru dan juga apabila pelajar melibatkan diri dalam kegiatan harian seperti untuk ke kantin dan juga kegiatan sukan, lebih ramai lagi yang tanggalkan pelitup.



Apabila waktu bersurai, peratusan yang memakai pelitup menurun kepada 60 peratus. Saya rasa beberapa hari yang akan datang ini adalah masa untuk pelajar dan staf menyesuaikan diri."
- Encik Herman Cher Ma'in, pengetua Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >