Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi dialog silang agama beri peluang pekerja migran libatkan diri

Usaha ini diadakan untuk pekerja migran belajar tentang pelbagai budaya di S’pura serta amalan masyarakat tempatan
Aug 06, 2023 | 07:57 PM



Pekerja migran telah berjasa dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan Singapura.

Justeru, membuat mereka berasa selesa dan melibatkan mereka dalam usaha memupuk keharmonian antara kaum dan agama di Singapura adalah usaha penting, kata Pastor Samuel Gift Stephen.

Pastor Stephen, yang juga Ketua Pengarah Alliance of Guest Workers Outreach (AGWO), sebuah pertubuhan tidak mengambil untung, berkata demikian pada Ahad, di sesi dialog melibatkan pekerja migran sempena menyambut ulang tahun ke-58 Singapura.

Sekitar 20 pekerja migran dari Bangladesh, India dan Myanmar telah menyertai sesi dialog itu, yang dianjurkan bersama oleh AGWO, Sowing Care Together (SCT) di Hope Initiative Alliance (HIA). Sesi dialog itu turut disokong ES Group Holdings, yang menjalankan pelbagai inisiatif untuk kebajikan holistik pekerja migran di Singapura yang tinggal di asrama.

Pastor Stephen berkata usaha tersebut merupakan peluang baik bagi pekerja migran untuk mengambil bahagian dalam dialog silang agama kerana mereka biasanya kurang peluang menyertai acara sedemikian.

Menambah, beliau berkata: “AGWO menganggap sebagai tanggungjawab kami untuk membuatkan mereka berasa selesa di Singapura, dan menjadikan mereka sebahagian daripada keharmonian kaum dan agama kami. Inilah sebabnya kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang berbeza untuk mewujudkan peluang supaya mereka belajar tentang kepelbagaian budaya yang wujud di sini.

Pengarah Pembangunan dan Perhubungan Komuniti dan Ketua Pasukan SCT, Cik Nazhath Faheema berkata:

“Kami biasa berpeluang menyertai dialog silang agama melalui aktiviti sekolah dan inisiatif masyarakat. Justeru itu, kami mahu perkara yang sama bagi pekerja migran yang kurang peluang berbuat demikian.”

Penglibatan sedemikian juga boleh membantu pekerja migran lebih memahami amalan masyarakat tempatan yang berbeza dengan negara asal mereka.

Pemahaman ini juga akan memberi manfaat kepada mereka apabila mereka kembali ke negara mereka sendiri, kata Cik Nazhath.

Di acara pada Ahad itu, pemimpin muda turut menyertai pekerja migran melawat Galeri Kepelbagaian Harmoni dimana mereka berkongsi pengalaman peribadi mereka menyertai kegiatan silang agama di Singapura.

HIA merupakan badan amal antara kaum dan agama yang memberi tumpuan kepada usaha menjaga masyarakat terpinggir.

Menerusi projek lain, AGWO telah mendekati 30,000 pekerja migran untuk menyediakan mereka sokongan menyeluruh termasuk bantuan sosial, psikologi dan rohani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >