Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi FB Live BH bincang soal usia dan belajar agama

Sufi Rashid turut kongsi belajar semula buku Iqra', dalami baca Al-Quran
Dec 15, 2020 | 05:30 AM



KALAU sudah dewasa baru nak mula belajar agama, sudah terlambatkah?



Namun, usia tidak seharusnya menghambat seseorang daripada menimba apa jua ilmu termasuk ilmu agama.



Berkongsi demikian dalam sesi Facebook Live Berita Harian malam tadi, seorang pelajar Pusat Pendidikan Andalus, Encik Muhammad Azhairul Mohamed Lazin, 31 tahun, berkata beliau terdorong mula mengikuti pengajian agama di pusat itu kerana ingin mendalami ilmu agama.



Bermula di peringkat Kelas Bimbingan Dewasa, beliau kemudian mengikuti pengajian di peringkat pra diploma sebelum mengambil kursus Diploma Pengajian Islam Andalus (DPI) pula.



Dalam sesi berjudul 'Usia dah lanjut, baru nak belajar agama' itu, pengurus pusat Andalus di Choa Chu Kang, Ustaz Lokman Hakim Hasan, turut berkongsi tentang bimbingan yang diberi kepada pelajar yang mengikuti Kelas Bimbingan Dewasa.



Beliau turut berbincang tentang cabaran yang dihadapi asatizah zaman sekarang dan kemahiran yang diperlukan mereka untuk membentuk masyarakat Islam yang berjaya pada masa akan datang.



Dihoskan koresponden Berita Harian, Cik Shahida Sarhid, serta Ustaz Muhammad Fadhly Rosli, sesi Facebook Live itu turut menampilkan selebriti Sufi Rashid yang kini belajar semula buku Iqra' untuk mendalami ilmu membaca Al-Quran.



Sufi yang kini berada di Kuala Lumpur berkata beliau berjinak-jinak ingin belajar semula baru-baru ini.



Dalam sesi Facebook Live itu, Sufi turut menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu Sepohon Kayu dan Sesungguhnya.



Orang ramai masih boleh menonton rakaman sesi tersebut menerusi laman Facebook Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >