Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi ketiga solat Jumaat di beberapa masjid ditiadakan mulai 12 Nov, ruang bagi sesi pertama, kedua ditambah

Nov 04, 2021 | 01:51 PM



Sesi ketiga solat Jumaat yang kurang mendapat sambutan akan ditiadakan di beberapa masjid mulai 12 November.

 

Pada masa yang sama, masjid-masjid itu akan menambah ruang solat bagi sesi pertama dan kedua, menurut Pengarah Kanan bagi Masjid dan Pembangunan Masyarakat, Encik Zaini Osman.

 

Encik Zaini berkata langkah itu diambil berdasarkan maklum balas dan  bilangan jemaah bagi sesi ketiga adalah separuh bilangan jemaah yang masing-masing menghadiri sesi pertama dan kedua.

 

Biasanya, sekitar 20,000 jemaah menghadiri sesi solat Jumaat ketiga, berbanding sekitar 40,00 jemaah yang masing-masing menghadiri sesi pertama dan kedua.

 

"Ekoran pandemik, pihak masjid terpaksa membuat penyesuaian tetapi dengan ia kini menjadi satu norma, kami mahu mengubah sikap jemaah dan menarik mereka untuk kembali menunaikan solat Jumaat sebelum jam 3 petang," kata Encik Zaini, bercakap kepada media di majlis Maulidul Rasul di Masjid Al-Falah pada 4 November.

 

Masjid-masjid di Singapura menawarkan tiga sesi solat Jumaat sejak masjid dibuka semula bagi solat berjemaah di tengah-tengah pandemik ini untuk memenuhi permintaan jemaah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >