Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi meja bundar dapat perkukuh kerjasama S'pura-India

Kededua negara capai persetujuan dalam pelbagai bidang baru termasuk keselamatan makanan, tenaga dan teknologi hijau: DPM Wong di akhir lawatan rasmi ke India
Sep 22, 2022 | 05:30 AM



PERTEMUAN meja bundar peringkat menteri yang baru antara Singapura dengan India akan membolehkan kedua-dua negara memperkukuh hubungan mereka dalam pelbagai aspek dan saling meraih manfaat dengan bekerjasama, ujar Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, kelmarin.



Kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama baru termasuk keselamatan makanan dan tenaga, teknologi hijau khususnya hidrogen hijau, keterhubungan digital serta pembangunan kemahiran, tambahnya.



"Kami mengalu-alukan Meja Bundar Menteri India-Singapura (ISMR) sebagai wadah baru bagi kedua-dua pihak bertemu secara kerap untuk menyelaras dan menyelia bidang kerjasama yang baru ini.



"Kami harap bidang kerjasama antara India dengan Singapura bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua negara tetapi boleh menjadi pemangkin dan membuka laluan bagi kerjasama yang lebih meluas di wadah berbilang hala.



"Dengan cara ini, India dan Singapura boleh memainkan peranan bersama untuk menjamin Asia-Pasifik yang lebih stabil dan makmur," ujar Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.



Beliau berkata demikian kepada media Singapura di akhir lawatan lima hari beliau ke India.



Dalam rangka lawatannya itu, beliau juga telah melancarkan perbincangan meja bundar yang diadakan buat kali pertama itu Sabtu lalu bersama Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.



India pula diwakili Menteri Kewangan, Cik Nirmala Sitharaman; Menteri Ehwal Luar, Encik S. Jaishankar; serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Piyush Goyal.



Encik Wong berkata kedua-dua pihak telah berbincang bagaimana untuk mempertingkat hubungan mereka ke tahap lebih tinggi dan akhirnya memutuskan mengadakan sesi meja bundar sebagai wadah untuk mempertingkat kerjasama secara sistematik.



Tambahnya, ini mungkin akan berlangsung setiap tahun.



Beliau juga berkata ini harus berbentuk format yang boleh disesuaikan dengan cepat sedang keperluan dan permintaan berubah.



Sebagai contoh, lebih ramai menteri boleh menyertainya berdasarkan bidang masing-masing mengikut bidang kerjasama yang diperluas pada masa akan datang.



Encik Wong berkata sesi pertama meja bundar itu bermula hanya dengan dihadiri menteri dan tanpa pegawai supaya mereka boleh berbincang secara terbuka dan spontan.



Mereka juga telah mengundang beberapa pemimpin perniagaan daripada kedua-dua pihak untuk menyertai perbincangan yang selari.



"Adalah menarik bahawa mereka juga telah menemukan banyak peluang bagi kerjasama, serupa dengan bidang yang dibincang di peringkat menteri. Ramai daripada mereka ghairah dengan peluang menjalankan lebih banyak usaha dengan India," ujar Encik Wong.



Antara pemimpin industri yang hadir di sesi meja bundar perniagaan itu termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) Temasek, Encik Dilhan Pillay Sandrasegara; CEO DBS Bank, Encik Piyush Gupta; dan CEO GIC, Encik Lim Chow Kiat.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pusat Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSCA) juga telah menandatangani perjanjian untuk membolehkan syarikat teknologi kewangan (fintech) India dan Singapura untuk bekerjasama dan menguji produk inovatif di pasaran.



Menggesa syarikat fintech untuk bereksperimen, Encik Wong juga berkata sekiranya ini berterusan, India boleh melepasi Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar Asia dan berpotensi menjadi ekonomi ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan China.



Tambahnya, India juga boleh memainkan peranan lebih besar dalam ehwal serantau dan sedunia sedang ia memikul tanggungjawab sebagai presiden Kumpulan 20 Negara (G20) tahun depan dan sedang ia menangani isu seperti perubahan iklim dan respons pandemik.



Encik Wong berkata Singapura sentiasa yakin dengan India sebagai rakan kerja yang penting dan negara ini juga merupakan negara penyelaras bagi hubungan Asean-India dari 2021 hingga 2024.



"Kami berharap dapat melihat India terlibat dengan Asean secara lebih membina dan sistematik," ujarnya.



Semasa lawatannya itu, Encik Wong turut bertemu dengan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, Isnin lalu.



Kelmarin, beliau juga bertemu dengan Menteri Kesihatan, Encik Mansukh Mandaviya, serta Menteri Tenaga, Encik R.K. Singh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >