Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi pengambilan pelitup guna semula akan berakhir Ahad ini

Sekitar 3.67 juta pelitup boleh guna semula telah diambil penduduk sama ada melalui mesin swalayan atau dari kaunter Kelab Masyarakat (CC) dan pusat Jawatankuasa Penduduk (RC)
Jun 12, 2020 | 03:30 PM



SESI pengambilan pelitup kali ketiga, yang bermula pada 26 Mei lalu, akan berakhir pada Ahad (14 Jun). 



Sehingga 8 pagi hari ini, sekitar 3.67 juta pelitup yang boleh digunakan semula telah diambil oleh penduduk sama ada melalui mesin swalayan atau dari kaunter Kelab Masyarakat (CC) dan pusat Jawatankuasa Penduduk (RC). 



Kira-kira 30 peratus pelitup diambil melalui mesin swalayan yang memberikan kemudahan kepada penduduk mengambil pelitup di semua CC pada bila-bila masa.



Singapura telah memulakan Fasa 1 Pembukaan yang Selamat sejak 2 Jun lalu. Sedang lebih ramai orang kembali bekerja atau mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, risiko penularan dalam masyarakat meningkat. 



Oleh itu, sebagai bentuk perlindungan, setiap orang mesti terus memakai pelitup di luar kediaman mereka.



Mereka yang memerlukan pelitup yang boleh digunakan semula tetapi belum mengambilnya harus melakukannya selewat-lewatnya pada 6 petang, Ahad ini atau menggunakan mesin swalayan 24 jam.



Penduduk yang mempunyai kad pengenalan yang sah boleh  mengambil pelitup yang boleh digunakan semula.



Terdapat dua saiz pelitup yang disediakan - saiz dewasa dan ukuran kanak-kanak. 



Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kaunter pengambilan pelitup di CC dari 11.00 pagi hingga 6.00 petang.



Penduduk boleh melayari laman web MaskGoWhere (www.maskgowhere.gov.sg) untuk maklumat mengenai latihan pengambilan pelitup.



Penduduk juga boleh memeriksa ketersediaan pelitup di mesin swalayan melalui laman web MaskGoWhere sebelum membuat pengambilan pelitup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >