Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan pandemik: Pendekatan jangka panjang perlu bagi tangani aspek psikologi

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



PENDEKATAN jangka panjang diperlukan untuk menangani aspek psikologi kesan pandemik ini, kata Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli.



Berucap di edisi ke-6 Persidangan Kesihatan Mental Singapura (SMHC) yang bermula semalam, Encik Masagos berkata semua pihak berkepentingan perlu menyesuaikan cara tindak balas kepada kesan-kesan yang timbul ekoran pandemik ini.



"Di Singapura, Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati bahawa dari Mei 2020 hingga Jun tahun ini, sebanyak 13 peratus penduduk telah melaporkan mengalami kemurungan atau simptom kebimbangan sejak pandemik ini bermula," kata Encik Masagos.



"Kita harus terus menyesuaikan cara kita bertindak balas dalam pandemik ini, dan bagaimana kita akan teruskan kehidupan.



"Lebih penting lagi, ia menekankan kepentingan untuk menerapkan pendekatan jangka panjang dalam menangani aspek psikologi dan kesannya.



"Kita perlu menjiwai pelajaran, bukan sahaja menguruskan penyakit berjangkit, tetapi juga dalam menangani keperluan kesihatan mental penduduk," kata Encik Masagos.



Encik Masagos berkata demikian semasa membuka persidangan dua hari itu yang membincangkan cabaran penjagaan kesihatan mental ketika pandemik ini.



Diadakah secara maya, sidang tersebut mengetengahkan 70 penceramah antarabangsa dan tempatan, dan disertai sekitar 1,000 peserta dari penjagaan kesihatan, perkhidmatan sosial dan sektor penjagaan masyarakat.



IMH telah melakukan satu kajian bersama Universiti Hong Kong, yang melibatkan 1,058 peserta dan 81.8 peratus berkata mereka rela mendapatkan bantuan profesional mengenai isu kesihatan mental.



Namun, 50.1 peratus tidak akan pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan dari talian kesihatan mental dan 14.8 peratus tidak mengetahui akan adanya pilihan bantuan sedemikian.



Menurut kajian terkini IMH, tiga faktor yang menyebabkan tekanan adalah risiko kehilangan keluarga atau rakan-rakan kepada virus Covid-19, kerugian kewangan seperti kehilangan peluang pekerjaan atau terpaksa ambil cuti tanpa gaji dan pengangguran.



"Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, pandemik ini dapat menghasilkan peluang baru dalam cara kita berinteraksi dan memberikan rawatan kepada pesakit, seperti penggunaan kesihatan telemental (penggunaan teknologi, video)," kata Ketua Pegawai Eksekutif IMH dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat SMHC 2021, Profesor Madya Dr Daniel Fung.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AIC dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat SMHC 2021, Encik Tan Kwang Cheak:



"Pandemik ini telah mempengaruhi semua aspek kehidupan kita dan daya ketahanan serta emosi diuji. Ini juga telah membuat kita menyedari bahawa tidak ada kesihatan tanpa kesihatan mental.



"Kami berbesar hati kerana mempunyai pakar dalam bidang ini untuk berkongsi pengajian mereka dalam persidangan ini. Kami harap kami dapat memanfaatkan teknologi bersama untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan kesihatan mental supaya lebih mudah dicapai."



Persidangan ini diadakan secara maya buat pertama kali dan akan meninjau isu kesihatan mental yang dihidapi individu, terutama dalam pandemik ini, dan juga pendekatan untuk menangani keperluan kesihatan mental yang sedang berkembang di Singapura.




SESUAIKAN CARA BERTINDAK BALAS 



"Kita harus terus menyesuaikan cara kita bertindak balas dalam pandemik ini, dan bagaimana kita akan teruskan kehidupan.



"Lebih penting lagi, ia menekankan kepentingan untuk menerapkan pendekatan jangka panjang dalam menangani aspek psikologi dan kesannya.



"Kita perlu menjiwai pelajaran yang bukan sahaja menguruskan penyakit berjangkit, tetapi juga dalam menangani keperluan kesihatan mental penduduk.''
- Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli.




BUTIRAN ISU DAN SARANAN



TIGA ISU YANG DIUTARAKAN:



- Keperluan bagi strategi seluruh pemerintah yang menyeluruh;



- Keperluan pertingkat akses untuk dapatkan maklumat tentang bantuan kesihatan mental sedia ada dengan mudah;



- Keperluan bagi sumber latihan kesihatan mental diselaraskan dengan lebih baik dan lebih ramai karyawan kesihatan mental dilatih.



TIGA SARANAN YANG DIBENTANGKAN:



- Bangunkan strategi menyeluruh mengenai kesihatan dan kesejahteraan mental;



- Sediakan portal dalam talian sehenti bagi sumber kesihatan mental nasional;



- Bangunkan rangka kerja latihan kecekapan kesihatan mental nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >