Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesuaikan genre puisi dari Jepun dengan budaya Melayu

May 16, 2022 | 05:30 AM



PENGHASILAN sesebuah karya puisi klasik Jepun, haiku, memang terikat dengan kepelbagaian teknik, tetapi ia tidak menutup penulisan kreatif dan terbuka bagi seseorang penulis.



Kini, puisi klasik Jepun yang muncul ke dalam podium sastera Melayu Singapura, diungkap berdasarkan acuan nilai kemelayuan.



Wahana pengucapan haiku dalam Bahasa Melayu ini turut dikarang oleh seorang penulis yang sangat dikenali dalam dunia puisi Melayu Singapura, iaitu Cik Kamaria Buang.



Ketika ditemu bual dalam program 'Meet the Author-Pustaka Islamiyah', anjuran Persatuan Penerbit Buku Singapura (SBPA) baru-baru ini, Cik Kamaria sempat bercerita ringkas tentang latar belakang haiku.



HAIKU PUISI KLASIK JEPUN



Beliau yang minat menulis sejak tahun 1972 itu menjelaskan haiku asalnya dikenali sebagai Hokku dalam kesusasteraan klasik Jepun.



Ia memancing akal pembaca dengan perkara-perkara yang diceritakan secara tersirat dalamnya.



Haiku ialah puisi pendek yang sangat padat dengan rangkap bertulis sebanyak tiga baris.



Dalam kesusasteraan klasik Jepun, ia ditulis sebaris sahaja.



Tetapi ia dipisahkan dengan jeda. Terbaru, ia mula disusun menjadi tiga baris.



Satu rangkap haiku berdiri sebagai entiti yang lengkap, yakni tidak perlu disempurnakan dengan rangkap seterusnya.



Dengan lebih jelas, serangkap haiku membawa persoalan yang lain.



STRUKTUR KARANGAN HAIKU



Menurut Cik Kamaria, stuktur haiku mengandungi tiga baris dan 17 suku kata yang tidak berima.



Baris pertama mempunyai lima suku kata; baris kedua tujuh suku kata dan baris ketiga lima suku kata (5,7,5).



Struktur suku kata ini harus diikuti kerana ia adalah ketetapan mengarang puisi haiku.



Sebagai contoh, beliau membacakan sebuah puisi haiku miliknya yang dikarang dalam Antologi Anggerik Di Dahan Sakura:



Si bunga tanjung



putih hamparan bumi



melilit sanggul



RINGKAS TAPI SUKAR



Cik Kamaria, yang juga gemar mengarang puisi tentang masyarakat, peperangan, sejarah lama itu, turut menyatakan penghasilan haiku bukanlah sesuatu yang mudah.



Beliau memberitahu:



"Nampak senang dan pendek. Tetapi, sebenarnya tidak. Hal ini kerana, haiku perlu dikaji terlebih dahulu kerana ia mengandungi Kigo (kata musim).



"Saya sendiri mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk mendalami haiku.



"Oleh itu, kita perlu belajar cara menerangkan makna tersirat dan tersurat dalam haiku kepada orang ramai. Tulisannya ringkas, namun isinya padat.



"Apabila hendak menulis tentang musim, kita juga perlu tahu bilakah musim itu berlaku. Berapa lama musim itu bertahan dan berlaku di mana? Semuanya memerlukan ketelitian."



SUNTIK BUDAYA MELAYU DALAM 'HAIKU'



"Penulisan asal haiku ditulis berdasarkan musim yang terjadi di Jepun. Sebagai penyesuaian, kita boleh suntik budaya Melayu dalam puisi tersebut.



"Walaupun Singapura tidak mempunyai musim salju dan sebagainya, tetapi banyak elemen lain yang boleh diketengahkan tentang warisan, adat resam, flora fauna dan lain-lain.



"Contohnya di sini, kita mempunyai bunga cempaka dan bukannya sakura. Kalau kita tidak perkenalkan bunga cempaka kepada anak-anak muda, mungkin mereka tidak dapat mengenali bentuk dan sifat bunga tersebut.



"Bagi saya sendiri, pembelajaran haiku yang digarap dengan unsur kemelayuan adalah sesuatu yang indah.



"Kebanyakan puisi Melayu menjadikan bunga sebagai perlambangan dan sesuai untuk dewasa sahaja. Tetapi haiku, ia sesuai untuk diajar kepada kanak-kanak kerana haiku menggambarkan sesuatu yang nyata."



PENULIS HARUS BERFIKIR DI LUAR KOTAK



Mungkin ramai juga yang bertanya tentang mengapa perlu mencuba genre puisi dari negara Jepun, sedangkan Melayu sendiri kaya dengan jenis puisi yang tersendiri.



Membalas persoalan tersebut, Cik Kamaria berkata tiada salahnya untuk memasuki ke ruang genre yang lebih luas.



"Bukan kita membezakan Timur dan Barat, namun kita harus berusaha mengembangkan pengetahuan di luar kotak pemikiran. Dengan itu, kepelbagaian sebagai seorang penulis dapat dibina," jawabnya.




SEKILAS INFO PENULIS KAMARIA BUANG



◆ Memenangi Anugerah Persuratan bagi kategori puisi 'Anak Tetangga Kelantan Link' (2009) dan 'Sandarku Milikmu' (2015)



◆ Berkongsi kemahiran dan pengalaman mengarang puisi di sekolah-sekolah



◆ Karya beliau pernah dimuatkan dalam 29 antologi yang diterbitkan dalam dan luar negara (Nusantara)



◆ Lebih 100 buah sajak pernah diterbitkan di Berita Harian dan Berita Minggu sahaja



◆ Mendeklamasikan puisi dalam pelbagai acara di Singapura dan Nusantara



◆ Terkini, beliau menyampaikan puisi dalam acara penghargaan kepada karyawan penjaga kesihatan dalam acara VERSE 2021



◆ Pernah menerbitkan album lagu-lagu puisi pada 2019 serta melibatkan diri dalam penulisan lirik lagu 2019 dan 2022




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >