Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap flat, kediaman privet perlu ada pemutus litar arus sisa mulai 1 Jul demi keselamatan

May 13, 2023 | 05:30 AM



DEMI meningkatkan keselamatan, semua flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta rumah privet perlu mempunyai sebuah pemutus litar arus sisa (RCCB) mulai 1 Julai ini.



Pemilik rumah akan diberi tempoh sepanjang dua tahun untuk berbuat demikian.



Jika gagal mematuhi keperluan itu pada 1 Julai 2025, mereka boleh disaman $5,000.



HDB berkata ia akan menanggung kos pemasangan kemudahan itu serta kerja mengubah semula wayar bagi flat satu dan dua bilik yang dibina pada dan sebelum Julai 1985.



Manakala pemilik rumah unit lebih besar bakal menerima subsidi sehingga 95 peratus.



Alat RCCB, yang sering disebut sebagai alat pemutus litar, berfungsi untuk mencegah pengguna daripada direnjat elektrik, dengan memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan kebocoran.



Kejadian itu boleh berlaku sekiranya terdapat wayar yang sudah lama atau terdedah, serta perkakas atau pelindung elektrik yang telah mengalami kerosakan.



Pemasangan alat RCCB telah diwajibkan bagi rumah yang dibina sejak Julai 1985.



Unit rumah lebih tua yang telah diubah elok mungkin mempunyai sebuah RCCB yang dipasang oleh kontraktor mereka sejajar keperluan itu.



Terdapat sebilangan kecil rumah yang masih mendapat bekalan elektrik daripada litar asal mereka, yang bergantung pada fius untuk mengekang aliran elektrik berlebihan, kata HDB dan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dalam satu kenyataan bersama.



Seorang jurucakap EMA berkata, peraturan baru itu diperkenal oleh agensi berkenaan untuk meningkatkan keselamatan elektrik rumah lama yang tidak mempunyai alat RCCB.



Mereka yang tinggal di flat HDB dibina sebelum Julai 1985 dan tidak mempunyai RCCB akan menerima notis EMA untuk berbuat demikian.



Mereka yang tinggal di rumah privet juga akan diminta untuk memasang RCCB di rumah mereka jika belum berbuat demikian.



Jurucakap HDB berkata latihan pemasangan RCCB akan melibatkan 83 flat satu dan dua bilik dan sekitar 6,400 flat tiga bilik dan flat lebih besar - semuanya dibina sebelum Julai 1985.



Terdapat sekitar 1.09 juta flat HDB sehingga 2022, menurut laman Jabatan Statistik Singapura.



HDB akan memberi notis kepada pemilik rumah awam yang terjejas untuk memberitahu mereka tentang Program Bantuan Pemasangan RCCB itu.



Pemilik rumah juga boleh memohon untuk menyertai program berkenaan untuk mendapatkan subsidi, atau mendapatkan kontraktor tersendiri tanpa subsidi tersebut.



Kerja memasang RCCB bagi flat lama telah dilancarkan pada Disember 2022 dan ia dijangka berlangsung selama dua tahun, kata HDB.



EMA berkata ia tidak mempunyai perangkaan bilangan rumah privet yang tidak dilengkapi RCCB tetapi ia menjangkakan bilangan itu rendah kerana pemilik hartanah tersebut besar kemungkinan telah mengubah elok rumah mereka dan melakukan kerja rombak aliran wayar sejak peraturan 1985 itu dikuatkuasakan.



Pemilik rumah dinasihatkan untuk mendapatkan seorang juruelektrik berlesen untuk melakukan kerja pemasangan RCCB dan pemasangan semula wayar rumah.



Mereka yang tinggal di rumah yang sudah mempunyai RCCB dan kemudian didapati sudah rosak atau tidak melindungi semua litar elektrik rumah mereka dengan lengkap tidak akan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >