Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap negara guna kaedah berbeza penentu awal bulan

Apr 09, 2023 | 05:44 PM



LAIN negara, lain kaedah yang diguna pakai untuk menentukan bulan-bulan Islam utama seperti Ramadan dan Syawal.



Akibatnya, mereka mungkin mendapatkan ‘hasil’ berbeza berdasarkan cara yang digunakan itu.



Meskipun demikian, ini tidak bererti satu negara ‘salah’ dan yang satu lagi ‘betul’; bahkan keputusan yang terhasil adalah sah mengikut konteks masing-masing.



Malah, perbezaan itu “bukanlah sesuatu di luar jangkaan mahupun membimbangkan”.



Dalam satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang dikeluarkan pada Ahad bagi menjelaskan persoalan yang timbul berkaitan penentuan Syawal 2023/1444 Hijrah, Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohd Murat Md Aris, berkata para ulama menggunakan dua kaedah utama dalam menentukan hal tersebut.



Dua kaedah itu ialah hisab iaitu perkiraan berdasarkan sains ilmu falak, atau rukyah iaitu penampakan bulan, bagi menentukan sama ada anak bulan telah kelihatan.



Berdasarkan syariah, tidak wajib bagi satu negara mengikut negara lain dalam kaedah yang dipilih.



Menukil Hadis Kuraib di mana Sayidina Ibn Abbas ra, setelah menyatakan bahawa setiap negara patut bertindak mengikut penglihatannya, beliau menyatakan bahawa ini adalah perintah Nabi Muhammad saw.



“Dengan itu, setiap negara harus bergantung kepada kaedah masing-masing untuk menentukan permulaan kalendar Hijrah, sama ada sesebuah negara itu mengamalkan kaedah rukyah (penglihatan) atau kaedah imkanur rukyah (perkiraan),” kata Ustaz Dr Murat.



Pihak berkuasa agama negara Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims) lain mengamalkan kaedah rukyah untuk menentukan bulan-bulan Islam utama seperti Ramadan dan Syawal. 



Walau bagaimanapun, negara-negara itu mungkin juga tidak melihat anak bulan kerana faktor atmosfera.



Di Singapura, bulan sabit secara amnya amat sukar untuk dilihat kerana keadaan iklim negara ini yang sering mendung. 



Oleh itu, Singapura menggunakan kaedah imkanur rukyah, yang baru-baru ini disemak pada 2021, berdasarkan lebih daripada 700 titik data penampakan bulan sabit dari seluruh dunia, kata Ustaz Dr Murat.



“Walaupun keputusan mungkin berbeza, semua negara Mabims mengamalkan kaedah penentuan yang berdasarkan prinsip dan panduan Nabi Muhammad saw, dan keputusan masing-masing adalah sah dalam konteks masing-masing,” ulas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >