Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SFA kesan bakteria dalam air minum Meadows, arah produk ditarik balik

Dec 03, 2020 | 09:01 PM




AGENSI Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan agar air minum dalam botol bernama Meadows ditarik balik setelah sejenis bakteria dikesan di dalamnya dalam pensampelan rutin yang ia lakukan. 


Proses memanggil balik produk itu telah selesai dilakukan pengimport Cold Storage Singapore (1983) Pte Ltd. yang membawa masuk minuman tersebut  dari Malaysia, kata SFA dalam kenyataannya pada Khamis malam (3 Dis).


Bakteria itu, pseudomonas aeruginosa, biasa ditemui dalam najis, tanah, air dan kumbahan.


Pengambilan produk yang mengandungi bakteria tersebut boleh menyebabkan pelbagai jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius dalam individu sihat.


Mereka yang telah membeli produk yang terjejas, iaitu yang bersaiz 1.5 liter dengan tarikh luput 9 November 2022, dinasihatkan agar tidak meminumnya.


Mereka yang telah mengambilnya dan bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.


Orang ramai boleh menghubungi tempat mereka membeli minuman itu bagi sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan bayaran balik.


 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >