Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG

'SG akan kembali pada Belanjawan yang cermat, seimbang tapi ia akan makan masa'

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak kemungkinan melihat lebihan Belanjawan pada Februari tahun depan disebabkan krisis ekonomi yang sedang berlaku kini, dan malah, Belanjawan yang seimbang juga akan menjadi sukar untuk dicapai, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Bahkan, ia mungkin akan mengambil masa bagi Singapura kembali kepada "Belanjawan yang cermat dan seimbang", tambah beliau.



"Anda perlu berbelanja bagi Covid dan ekonomi muram. Hanya daripada sudut pandangan kitaran balas (counter cyclical), anda tidak mahu mempunyai dorongan fiskal negatif," kata Encik Lee.



"Anda mesti memastikan ekonomi stabil dan orang dalam pekerjaan seberapa mungkin, atau jika bukan dalam pekerjaan, bantuan dihulurkan agar mereka dapat melepasi waktu sukar ini," tambah beliau.



Beliau berkata demikian kepada ketua editor Bloomberg News John Micklethwait yang bertanya jika pemerintah akan mengalami defisit Belanjawan untuk seberapa waktu, memandangkan Singapura telah menggunakan $52 bilion daripada rizabnya untuk membantu negara ini mengharungi krisis.



"Saya berharap kita akan dapat kembali kepada Belanjawan yang cermat dan seimbang tetapi ia mungkin akan mengambil masa," kata Encik Lee.



Pemikiran bahawa rakyat Singapura perlu bekerja untuk keperluan kehidupan, dan bahawa rizab bukan tiada batasnya, perlu ditanam secara mendalam dalam penduduk, tambah beliau.



"Ia tidak mudah kerana pembangkang akan berkata, 'Berapakah yang anda ada? Mari saya lihat. Kenapa tidak ambil lebih sedikit? Kita belum miskin lagi,'" tambah beliau.



Pada masa ini, beberapa sektor ekonomi - seperti penerbangan, pelancongan dan hiburan - mengalami gangguan sementara, kata Encik Lee.



"Adalah lebih baik bagi saya menjaga mereka dan membiarkan sektor ini terganggu buat sementara ini daripada menghadapi risiko menghidupkannya kembali sebelum kita bersedia menangani akibatnya, dan kemudian kita akan ada satu lagi penularan Covid meluas," kata Encik Lee.



Singapura perlu menangani keperluan ekonomi dan kesihatan awam segera dan jangka pertengahan, kata beliau.



"Namun satu hari, ini juga akan berlalu, dan apabila ia berlalu, kita mesti memastikan kita boleh kembali kepada tabiat mengimbangi Belanjawan kita," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >