Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG alih ke Dorscon 'Kuning'; tiada lagi jarak selamat, had saiz kumpulan mulai 26 April

Apr 22, 2022 | 06:45 PM



SINGAPURA akan menurunkan tahap risiko penularan Covid-19 ke paras ‘Kuning’, selepas lebih dua tahun berada dalam tahap risiko tinggi ‘Jingga’ di bawah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon).



Mulai 26 April, had saiz kumpulan akan ditiadakan, semua pekerja akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, dan penjarakan selamat tidak lagi diperlukan.



Pemakaian pelitup akan kekal diperlukan dalam keadaan di dalam bangunan, termasuk dalam pengangkutan awam. Pemakaian pelitup kekal tidak diwajibkan di luar.



Namun, fleksibiliti akan diberikan berkenaan pemakaian pelitup di tempat kerja, sedang lebih ramai pekerja akan kembali ke tempat kerja.



Had kapasiti bagi acara dengan lebih 1,000 orang juga akan ditiadakan.



Pelonggaran ini diumumkan dalam satu sidang akhbar Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada Jumaat (22 April), sedang situasi Covid-19 di Singapura terus beransur pulih.



Mulai 26 April, langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) juga akan ditiadakan kecuali bagi acara yang mempunyai lebih 500 peserta pada suatu masa, di tempat seperti kelab malam yang mempunyai kegiatan berjoget, serta di kedai makanan termasuk restoran, kedai kopi dan pusat penjaja.



Dengan keadaan Covid-19 yang semakin baik, Kementerian Kesihatan (MOH) juga akan berhenti mengeluarkan Notis Risiko Kesihatan (HRN) kepada kenalan rapat kes Covid-19 bermula 26 April.



Penggunaan TraceTogether (TT) dan SafeEntry (SE) juga akan dihentikan. Namun, orang ramai digalakkan mengekalkan aplikasi dan token TT ini sekiranya ada varian baru yang timbul dan langkah VDS perlu kembali dilaksanakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >