Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG hulur bekalan perubatan bantu Indo lawan Covid-19

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



DUA pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang membawa bekalan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi telah berangkat ke Indonesia dari Singapura pagi semalam untuk membantu negara itu menangani krisis Covid-19.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah menyerahkan bekalan itu kepada Duta Besar Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo, di Pangkalan Udara Paya Lebar semalam.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata bekalan bantuan itu termasuk tangki oksigen, alat pernafasan dan alat perlindungan peribadi seperti pelitup pembedahan, pelitup N97, sarung tangan dan baju perlindungan.



Bekalan itu dihantar oleh dua pesawat C-130 dari Singapura ke Jakarta.



"Sebagai jiran dan rakan yang rapat, kami berdiri bersama Indonesia untuk melawan Covid-19," kata Dr Balakrishnan.



Tambahnya, penularan varian Delta sejak beberapa bulan lalu telah meningkatkan cabaran menangani pandemik itu.



Semalam, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, juga berkata Kapal Tangki Pendaratan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) akan bertolak tidak lama lagi bagi menghantar silinder oksigen mampat yang tidak boleh dihantar melalui udara.



Tahun lalu, Singapura juga telah menghantar bekalan perubatan seperti kit ujian dan peralatan lain kepada Indonesia.



Indonesia melaporkan rekod harian tertinggi 38,391 kes dan 852 kematian kelmarin.



Lebih 2.4 juta kes jangkitan Covid-19 telah dicatatkan dan angka korban mencapai lebih 63,760.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >